Jom cuba resepi lempeng viral ini. Sesuai untuk dijadikan menu makanan petang-petang.
Lempeng diperbuat daripada tepung yang dicampur dengan telur, sedikit mauripan, gula, garam dan sedikit air. Doh tidak boleh terlampau lembik ataupun keras supaya lempeng yang dihasilkan lembut dan kenyal.
Memasaknya pula tidak boleh terlalu lama, nanti hangit. Lempeng sedap dimakan macam itu sahaja atau dengan sambal tumis ataupun dengan susu pekat manis. Lempeng ini banyak dijual dimana-mana kedai di pasar malam. Namun lempeng viral dengan resepi yang terbaik hanya ada di perkongsian resepi kali ini!
Dalam pencarian kami untuk resepi lempeng, Kaseh Sery telah kongsikan resepi lempeng yang menjadi agak viral di laman Facebook. Resepi ini bahkan memperolehi perkongsian hingga lima ribu lebih setakat artikel ini ditulis.
Tidak perlu pergi ke pasar malam. Boleh makan puas-puas dengan rasa yang sesuai tekak. Sebaiknya anda buat sendiri di rumah. Lebih nikmat, lazat dan berbaloi tentunya.
Kami yakin anda pasti tidak sabar untuk mencuba resepi ini. Kami yang menulis dan melihat gambar pun boleh terjadi terliur. Bentuk lempeng yang gebu dan menarik.
Selain resepi lempeng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.