Akhir-akhir ini dunia Facebook tular dengan satu resepi yang menarik perhatian ramai. Nama resepinya ialah laksa AEON. Diberi nama demikian dikeranakan makanan ini hanya boleh dijumpai di AEON. Siapa pernah cuba AEON punya laksa ini?

Kepada anda-anda yang berkurung di rumah, mari sepakat ramai-ramai buat laksa ini. Tidak perlu keluar rumah pergi AEON sudah. Dengan resepi yang kami kongsikan ini AEON datang rumah anda!

Apa yang bezakan laksa AEON dengan laksa yang hari-hari dijual di pasar malam atau kedai makan? Jika anda sebegitu penasaran rahsia laksa AEON, sila cubakan resepi yang dikongsikan oleh Hajal Aishah Zakirai di laman Facebook di bawah ini. Resepi ini untuk 4 atau 5 orang dewasa makan.

Resepi Laksa AEON

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang,
  • Belacan,
  • Pes asam pedas,
  • Sardin 2 tin,
  • Asam keping 2,
  • Bunga kantan,
  • Daun kesum,
  • Air,
  • Bahan hiasan ikut suka.

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Blend bawang, belacan, pes asam pedas, sardin 1 buang sos, 1 tidak buang sos hingga halus. (Kalau ada nenas boleh blend sekali).
  2. Masukkan dalam periuk, letak asam keping, bunga kantan, daun kesum dan air ikut kepekatan yang kita mahu. Panaskan hingga mendidih.
  3. Bila sudah mendidih, masukkan garam, perasa, gula dan fishball. Kacau bagi sebati.
    Tutup api. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain laksa AEON, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.