Kami ingin berkongsikan resepi minum petang iaitu terang bulan. Mari semak cara buatnya.

Ada yang panggil terang bulan, ada yang panggil apam balik. Asasnya sama sahaja hanya beza cara sebut di daerah tertentu. Menu ini terkenal di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Kebiasaannya makanan ini dinikmati sewaktu makan pagi atau bersantai minum petang.

Menarik lagi kerana resepi terang bulan yang didatangkan daripada Munierah Solehah yang berkongsi di laman Facebook menggunakan topping yang enak. Bagaimana tidak, coklat, cheese, dan kacang sebagai topping. Belum lagi coklat dan cheese yang cair kena panas, amat menyelerakan. Tengok pun mesti menitik air liur.

Tanpa berlama-lama jom buat kuih terang bulan untuk minum petang.

Resepi Terang Bulan Choco Cheese

 

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 4 cawan tepung gandum,
  • 1 cawan gula pasir,
  • 1 sudu teh soda bikarbonat,
  • 2 sudu teh baking powder,
  • 2 biji telur,
  • 2½ cawan air,
  • 4 sudu makan marjerin (cairkan),
  • 2 titik pewarna kuning,
  • 1 sudu teh esen vanilla,
  • Secubit garam.

Bahan Inti :

  • Kacang tanah,
  • Gula pasir,
  • Chedar cheese,
  • Choco syrup Hershey’s,
  • Marjerin.

Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan kemudian adun menggunakan mixer. Kalau tidak ada mixer boleh gunakan hand whisk.
  2. Panaskan kuali non-stick. Tuang adunan kemudian ratakan.
  3. Kemudian tutup sehingga lubang-lubang terbentuk.

Untuk Inti :

  1. Goreng kacang kemudian blend. Campurkan sedikit gula.
  2. Sapukan marjerin kemudian taburkan campuran kacang dan gula, parutan cheese, dan choco syrup.
  3. Potong dan siap untuk dihidang.

Nota: Resepi ni boleh jadi 5-6 keping terang bulan.

Resepi Menarik Lain

Selain kuih terang bulan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.