Jangan risau ya, laman ini masih berkongsi resepi macam biasa. Bukannya ingin takutkan sesiapa, tapi pocong yang ingin kami kongsikan kali ini ialah ketupat pocong. Kita bukan bincang pasal hantu, kita bincang pasal makanan ya.

Ketupat pocong dibuat dengan beras pulut. Dia hampir sama macam ketupat palas bezanya ketupat ini menggunakan daun pisang untuk bungkus. Rasanya pula macam lemang. Cara membuatnya ialah beras pulut dikukus dulu bila sudah masak terus campur dengan santan dan bungkus dengan daun pisang. Dan kenapa makanan ini dipanggil pocong? Itu kerana ketupat ini diikat atas bawah macam makhluk tersebut. Kalau ingin resepi lebih jelas sila rujuk resepi di bawah yang dikongsikan oleh Asnie Aina di laman Facebook.

Wangi daun pisang melekat dekat ketupat pulut, menambah selera sedap baunya. Ketupat ini ada rasa lemak masin. Sedap dimakan dengan rendang. Sediakan ketupat pocong untuk jamuan hari raya atau keduri kendara makin lazat.

Resepi Ketupat Pocong

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kg beras pulut,
  • ½ kg santan pekat,
  • 1 sdb garam halus,
  • 2 sdb gula,
  • 2 helai daun pandan,
  • Daun pisang secukupnya.

Cara-cara :

  1. Rendam beras pulut selama 1 jam. Kemudian kukus.
  2. Dalam periuk lain, santan pekat dimasak bersama garam halus, gula dan daun pandan.
  3. Bila pulut sudah masak, masukkan santan dan gaul sebati.
  4. Bungkus pulut di atas daun pisang, ikat kuat-kuat bagi mampat.
  5. Kukus selama 1 jam. Siap.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain ketupat pocong, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.