Resepi kek pelangi kukus versi dulu-dulu yang super gebu dan moist sedang sedia untuk menyeronokkan hari anda. Bertemankan secawan teh o suam, kek pelangi mampu menghadirkan suasana minum petang yang luar biasa.

Tidak sedikit orang yang masih tercari resepi kek pelangi ini. Apalagi kek pelangi kukus, ramai orang yang teringin menghidangakan kek ini dimana jua berada dalam acara apapun.

Kek pelangi tampilannya amat menarik. Warnanya yang beragam itulah yang membuat ia disebut kek pelangi.

Selain disebalik warnanya yang menarik, rasanya juga amat sedap. Kek pelangi kukus ini mestilah mampu memuaskan selera anda.

Jika anda tidak ada kesibukan hari ini, baiknya anda buat kek pelangi kukus. Resepi didatangkan daripada Elly Imtiyaaz di laman Facebook.

Resepi Kek Pelangi Kukus Gebu Dan Moist

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 cawan majerin (jenama pelangi),
  • ½ cawan gula,
  • ¼ cawan susu pekat manis,
  • 1 ½ cawan tepung gandum,
  • 3 biji telur ayam,
  • 1 sudu kecil esen vanilla,
  • 1 sudu kecil baking powder,
  • Pewarna.

Cara-cara :

  1. Pukul gula dengan majerin sampai kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
  3. Masukkan susu pekat manis. Pukul lagi.
  4. Masukkan tepung gandum dan baking powder.
  5. Kalau pakai majerin pelangi tidak perlu letak garam sebab majerin sudah masin. Kalau jenama lain yang tidak masin sila letak secubit.
  6. Gaul-gaul kemudian bahagikan ikut warna yang anda suka suka.
  7. Sapukan majerin dalam loyang.
  8. Kemudian letak lapis-lapisnya.
  9. Panaskan air kukusan dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
  10. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek pelangi kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.