Resepi Kebab Ayam (Mudah dan Ringkas)
Kebab Ayam selalunya didapati di Pasar Malam ataupun di bazar Ramadhan. Pasti kita rasa cara pembuatannya amat sukar. Walaubagaimanapun, ada lagi pelbagai…

Kebab Ayam selalunya didapati di Pasar Malam ataupun di bazar Ramadhan. Pasti kita rasa cara pembuatannya amat sukar. Walaubagaimanapun, ada lagi pelbagai cara bagi menyediakan kebab ayam yang ringkas.
Kini, anda juga boleh menyediakan kebab ayam di rumah. Bolehlah bertukar angin daripada kebiasaan kita iaitu makan nasi. Kebab Ayam juga boleh memberi kekenyangan yang sama seperti nasi.
Resepi Kebab Ayam Ringkas ini dikongsikan oleh Hairul Nizam Ijam dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.
Resepi Kebab Ayam

image via Facebook
Bahan - bahan:
- 3 keping roti pita
- 200gm isi ayam (dipotong dadu)
- 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
- ½ biji bawang besar (dimayang halus)
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos lada hitam
- 1 sudu besar mayones
- 8 helai daun salad (dibersihkan)
- 2 sudu besar mentega
Cara - cara memasak:
- Cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan isi ayam dan gaul sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan sos cili, sos lada hitam dan mayones. Gaul hingga rata bersama isi ayam.
- Potong roti pita dan letakkan daun salad.
- Sudukan inti ayam tadi secukupnya. Hidangkan.
Resepi - resepi lain yang menarik:
Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!
- Resepi Wantan
- Resepi Ketam Masak Lemak
- Resepi Puding Karamel Kukus