Ramai diantara kita yang ingin menuju ke arah hidup yang lebih jimat dan menyihatkan. Antara kaedah kaedah untuk menujuk ke arah ini adalah dengan membuat dan menyediakan juadah sendiri daripada sekecil – kecil juadah.

Kali ini kami bawakan resepi kaya homemade yang amat mudah untuk diikuti. Ianya juga lebih terjamin kebersihannya kerana kita yang menyediakannya. Ianya juga lebih jimat dan berbaloi. Rasanya juga boleh diubah suai mengikut tekak kita.

Dengan menyediakan juadah sendiri, pertalian kekeluargaan menjadi lebih utuh dan rapat. Mana taknya, suami dan anak anak makan daripada air tangan kita sendiri. Selain itu dengan menyediakan juadah sendiri, kita akan lebih meluangkan masa bersama keluarga dan menjalankan aktiviti yang berfaedah bersama yang tersayang.

Resepi kaya homemade ini dikongsi oleh Dayang Atobah dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Kaya Homemade

kaya
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas

Nota: Masak gula sehingga keperangan, kemudian tutup api dan masukkan satu cawan air panas dan buka api semula. Kacau gula sehingga cair dan biarkan sebentar.

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam

Nota: Kisarkan semua bahan di atas sehingga hancur

  • Santan 200 mL
  • 2 sudu besar tepung jagung

Nota: Kacau sehingga sebati

Langkah – langkah memasak:

  1. Panaskan gula karamel tadi.
  2. Masukkan bahan – bahan yang telah dikisar dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan pula santan yang telah dicampurkan dengan tepung jagung.
  4. Kacau hingga pekat dan berkilat dengan api kecil.
  5. Sejukkan sebelum simpan, boleh juga disimpan didalam peti.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi kaya ini. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini ya! Sehingga berjumpa lagi!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.