Siapa teringin makan kari ikan tapi ada alahan dengan santan? Boleh cuba resepi kari tanpa santan yang dikongsikan oleh NurQatrunnada Haryanti Abd Basir Facebook.

Dijamin resepi turun temurun ini boleh memikat hati suami dan mertua. Jika tidak percaya boleh cuba masak sendiri. Selain itu resepi ini meskipun tanpa santan namun rasa tetap padu berlemak berasal dari rempah kari.

Kerana tidak sedikit orang yang cuba elakkan makan santan disebabkan faktor kesihatan dan lain-lain. Maka resepi kari tanpa santan ini sangat sesuai dikonsumsi oleh orang yang berpantang sedemikian rupa.

Resepi lebih kurang sama macam kari biasa. Resepi tanpa sukatan dan hanya agak-agak sahaja. Menggunakan ikan jenis apapun bebas ikut kesukaan anda. Selamat mencuba resepi kari ikan tanpa santan.

Resepi Kari Ikan Tanpa Santan

kari ikan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan (ikan apapun boleh),
  • Bawang merah*,
  • Bawang putih *,
  • Halia*,
  • Daun kari*,
  • Halba campur*,
  • Cili kering yang sudah direbus dan dikisar*,
  • Rempah kari babas*,
  • Air asam jawa,
  • Bendi,
  • Tomato,
  • Minyak masak,
  • Gula dan garam secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bahan bertanda * sampai pecah minyak.
  2. Jika sudah pecah minyak baru letak gula, garam dan air asam jawa.
  3. Untuk pekatkan kuah, cincang tomato 2 biji dan masukkan tomato masa tumis bawang.
  4. Jika sudah agak hancur dan lerai baru masukkan cili dan rempah kari.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kari ikan tanpa santan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.