Kali ini kami akan berkongsikan resepi kangkung goreng belacan yang semestinya sedap. Kangkung goreng belacan antara sayuran yang ramai diminati kalangan rakyat Malaysia.
Kangkung goreng belacan dimasak dengan cara menumis bahan-bahan tumbuk dengan minyak yang sedikit. Kesedapannya semakin bertambah apabila dimasak dengan belacan. Citarasa belacan goreng yang dicampur dengan bahan lain sangat merangsang selera.
Paling sedap makan kangkung goreng belacan dengan nasi putih panas-panas. Gandingkan dengan telur dadar goreng garing makin sedap makan. Kangkung goreng belacan disediakan di restoran Melayu atau restoran Thailand, dijual seharga RM 4 satu bahagian.
Supaya puas makan, sebaiknya masak sendiri kangkung goreng belacan dengan resepi daripada Khadijah Jaafar di laman Facebook. Puas makan sayur boleh bertambah. Selamat mencuba.
Selain resepi kangkung goreng belacan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.