Resepi Jemput Nasi (Cucur Nasi Viral)
Hujan-hujan perut asyik lapar. Jom buat jemput nasi senang! Lebihan nasi dalam periuk yang tidak habis lagi boleh buat jemput nasi. Kuih jemput-jemput…

Hujan-hujan perut asyik lapar. Jom buat jemput nasi senang! Lebihan nasi dalam periuk yang tidak habis lagi boleh buat jemput nasi. Kuih jemput-jemput juga dikenali sebagai cucur atau cekodok. Ia merupakan sejenis kuih tradisi. Disebut jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Bahan-bahan untuk membuat jemput nasi amatlah mudah. Bahan utamanya semestinya nasi. Kemudian digaul dengan isi ayam serta diberi rempah bawang dan lain-lain. Jemput nasi sesuai dihidangkan untuk minum petang. Resepi jemput nasi daripada Nur Ain Mat Daud di laman Facebook ini sangat simple dan mudah. Boleh tambah macam-macam sayur terpulang selera masing-masing. Jemput-jemput ini garing di luar lembut di dalam.
Resepi Jemput Nasi

Imej via Facebook
Bahan-bahan :
-
Nasi,
-
Isi ayam,
-
Bawang besar*,
-
Ubi kentang*,
-
Cheese*,
-
Cili merah, daun sup/daun bawang*,
-
Sedikit garam,
-
Lada sulah,
-
Lada hitam ditumbuk,

Imej via Facebook
Cara-cara :
-
Mula-mula nasi dan ayam dicampur dan diblend sekali.
-
Lalu hiris dadu bahan bertanda *.
-
Kemudian gaul rata kesemua bahan.
-
Tambahkan bahan perasa garam dan lada.
-
Tambah sedikit tepung gandum.

Imej via Facebook
-
Bentukkan dan goreng dengan minyak yang banyak.

Imej via Facebook
Resepi Menarik Lain
Selain resepi jemput nasi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.