Petang-petang paling sedap kalau dapat makan menu viral yang semestinya sedap dan menyelerakan bukan? Seperti menu yang akan kami kongsikan kali ini ialah iaitu resepi jagung manis viral.

Rupanya jagung manis telah lama tular dalam kalangan rakyat Malaysia. Jagung manis diperbuat menggunakan bahan asas jagung manis yang direbus hingga masak dan lembut. Kemudian dicampur dengan susu pekat sehingga rasanya sangat lemak berkrim.

Kandungan karbohidrat dan protein amatlah banyak dalam makanan ini. Jagung manis boleh dimakan gantikan nasi atau makanan berat kerana makanan ini mampu mengenyangkan dan memiliki sumber tenaga yang besar.

Selain itu, anak-anak mesti suka makanan manis dan lemak berkrim seperti ini. Juma Jue telah berkongsikan resepi jagung manis susu viral di laman Facebook. Jom cubakan di rumah! Hidangkan sejuk-sejuk makan masa cuaca panas jadi makin sedap.

Resepi Jagung Manis Susu Viral

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Jagung 5 tongkol,
  • Susu cair 1 tin,
  • Susu pekat 3 sudu (kalau ingin manis boleh tambah lagi susu),
  • Mentega 3 sudu,
  • Cheese 2 keping (kalau tidak suka boleh tidak letak),
  • Garam dan gula secukup rasa (kalau sudah letak susu pekat banyak tidak perlu letak gula),

Cara-cara :

  1. Mula-mula rebus jagung rebus selama 15 minit.
  2. Jika jagung sudah lembik, asingkan jagung, buangkan sedikit air rebusan.
  3. Kemudian masukkan semua bahan dalam 10 minit ke dalam periuk air jagung tadi.
  4. Terus masukkan balik jagung supaya jagung tidak kecut.
  5. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi jagung manis, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.