Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Ikan Singgang Kelantan 2 Step Je (Senang Betul)

Jom cuba menu malam ini resepi ikan singgang Kelantan style. Siapa teringin resepi ini? Resepi semudah ABC, ramai yang suka. Anda bagaimana? Ikan singgang…

kelantanDikemas kini 9 September 2019oleh Rahayu Z
Sebuah mangkuk berisi hidangan ikan singgang Kelantan berkuah bersama nasi putih.

Jom cuba menu malam ini resepi ikan singgang Kelantan style. Siapa teringin resepi ini? Resepi semudah ABC, ramai yang suka. Anda bagaimana? Ikan singgang Kelantan adalah amat tersohor. Hidangan ini dibuat menggunakan ikan tongkol, asam keping, bawang merah dan putih, lengkuas, cili padi dan sedikit kunyit. Cara memasaknya pula mudah amat, yang perlu anda lakukan hanya campakkan kesemua bahan dan terus jadi. Macam kami katakan tadi, semudah ABC! Masakan ini sesuai sangat untuk anda yang sibuk tidak punya banyak masa berlama-lama di dapur. Tentunya ahli keluarga juga suka akan masakan berkuah ini. Dimakan dengan nasi putih panas-panas makin gila dibuatnya. Mari cubakan masak ikan singgang Kelantan dengan resepi yang dikongsikan oleh Ismi Fiza Kamijo di laman Facebook. Selamat mencuba dan kongsikan hidangan anda kepada jirat dan kerabat.

Resepi Ikan Singgang Kelantan

Ikan Singgang Kelantan dengan isi ikan, tomato dan cili

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan tongkol,
  • 3 keping asam keping,
  • 5 ulas bawang putih diketuk,
  • 2 inci lengkuas juga diketuk,
  • 5 biji cili padi,
  • Sedikit kunyit,
  • Gula merah,
  • Garam dan gula putih.

Cara-cara :

  1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk.
  2. Tunggu sehingga masak.
  3. Siap dan tutup api.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan singgang Kelantan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.