Hari ini kita akan berkongsi resepi ikan masak Portugis. Resepi ini sangat mudah untuk anda cuba di rumah dan cara untuk menyediakannya juga tidaklah begitu rumit.

Anda boleh menggunakan samada ikan pari, kembung atau cencaru. Pilihan ikan bolehlah mengikut selera para pembaca di rumah. Pastinya resipi ini dapat menambah selera anda sekeluarga. Resepi ini sangat sesuai untuk dihidangkan tidak kira untuk makan tengah hari ataupun makan malam sekalipun.

Jika dihidangkan lauk ini bersama nasi putih sahaja pun sudah memadai apatah lagi jika dihidangkan bersama lauk pauk yang lain. Jadi mari kita lihat bagaimana cara untuk menyediakan resipi ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh LyNs Han dan telah mendapat banyak perkongsian dan komen positif di Facebook

Resepi Ikan Masak Portugis

ikan masak portugis
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ikan pari/kembung/cencaru

Bahan A

  • 1 sudu teh air limau nipis
  • 1 sudu teh kicap pekat / kicap biasa
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 5 helai daun limau purut
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan B

  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili api ( lebihkan kalau nk pedas )
  • 3 biji buah keras
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 batang serai
  • 1 inci belacan

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan B sampai naik bau.
  2. Masukkan bahan A satu persatu.
  3. Kacau rata dan masak sampai naik minyak.
  4. Tutup api.
  5. Kemudian, sediakan foil aluminium, letak kuah kemudian ikan, kemudian kuah balik ke atas ikan. Letak bendi ikut suka anda.
  6. Lipat foil dengan kemas dan masak di atas magic pan selama 7 ke 10 minit.
  7. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!


Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.