Selalu ada cerita menarik masa memasak ikan keli. Apalagi masa menggorengnya. Di antara takut dan kelakar ketika ramai yang berkongsi pengalaman memasak ikan keli. Bahagian ‘meletop’ nya itu agak merisaukan.

Ramai orang malas menggoreng ikan keli sebab ianya meletup. Macam orang perang pula di dapur, perang dengan ikan rupanya. Tapi masalah ini boleh diatasi dengan tips menggoreng yang kami kongsikan di bawah ini.

Juga disediakan resepi ikan keli berlada yang sedap sungguh. Resepi daripada Zur Ain Salim‎ di laman Facebook. Selepas ini mesti jadi berani menggoreng ikan keli. Konfirm tidak akan meletup lagi.

Tanpa buang masa, jom tengok resepinya di bawah ini. Selamat nencuba dan menghidangkan ikan keli. Makan ikan keli berlada dengan nasi putih, sedap gila.

Resepi Ikan Keli Berlada

ikan keli berlada

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Halia*
  • Kunyit*
  • Serai*
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Lada besar*
  • Lada kecik*
  • Gula,
  • Garam,
  • Tepung gandum,
  • Tepung jagung.

Bahan yang bertanda * ditumbuk atau blender kering.

Cara-cara :

  1. Mula-mula basuh ikan dan rendam dengan tepung gandum.
  2. Cuci sental-sental sampai lendir ikan hilang.
  3. Jika sudah siap sental-sental ikan, teruskan gaul ikan keli dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Gaul rata.
  4. Sambil gaul-gaul ikan, panaskan minyak.
  5. Jika sudah panas, letak 2/3 potong halia, tidak perlu buang kulit halia.
  6. Goreng ikan keli. Ketepikan ikan yang siap goreng.
  7. Berikutnya tumis bahan yang ditumbuk/diblender.
  8. Seterusnya masukkan garam dan gula.
  9. Gaul sampai agak kering/pecah minyak baru masukkan ikan yang digoreng tadi.
  10. Teruskan gaul rata.
  11. Tutup api dan siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan keli berlada, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.