Resepi German cookies ialah biskut sedap dengan rasa lembut dan teksur cair di mulut. Tidak diketahui dengan pasti kenapa diberi nama German cookies, namun biskut lazat ini sayang anda lewatkan. Kali ini kami akan berkongsikan resepinya untuk anda buat hidangan lazat.

Resepi german cookies boleh dikatakan paling mudah di dunia. Kerana itu cookies ini sangat popular dalam kalangan ibu bapa dibuat untuk si buah hati semasa acara sambut hari raya atau kudapan semata.

German cookies berbahan asas tepung kentang. Anda boleh dapatkan tepung kentang di kedai bakeri. Cara membuatnya amat mudah, anda hanya perlu untuk mencampur kesemua bahan, gentel adunan dan bakar. Resepi german cookie marble dikongsikan oleh MiRä MödëRnö di laman Facebook.

Resepi German Cookies

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250 gram butter,
  • 80 gram gula aising,
  • 1 sudu kecil esen vanila,
  • 250 gram tepung ubi kentang,
  • 160 gram tepung gandum,
  • Pewarna pilihan.

Cara-cara :

  1. Pukul butter dan gula aising sampai gebu guna mixer.
  2. Tambah esen vanilla.
  3. Masukkan tepung ubi kentang dan tepung gandum sedikit-sedikit (gaul pakai spatula).
  4. Gaul doh sampai sebati dan asingkan untuk letak pewarna.
  5. Buat doh kecil-kecil dan tekan dengan garfu atas dulang pembakar.
  6. Bakar 170°C selama 15-20 minit.

Resepi Menarik Lain

Kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.