Kali ini kami menghadirkan resepi daging. Resepi daging kali ini ialah daging goreng berempah. Bukan macam daging goreng berempah biasa, resepi kali ini ialah daging goreng madu berempah.
Zaid Azizy Yaakob berkongsikan resepi ini di Facebook. Hidangan ini rasa manis-manis pedas dan lazat sebab ada rempah dan wanginya boleh buat perut rasa lapar.
Cara menyediakannya cukup mudah. Tinggal perap daging dan goreng. Senang bukan? Jimat masa dan boleh makan sedap.
Sedap untuk dijadikan lauk semasa kenduri kendara. Makan dengan nasi putih, nasi minyak dan jenis nasi lain. Selamat mencuba.
Untuk membangkitkan rasa daging dan mengelakkan rasa muak daging, perah sedikit asam limau nipis ke atas daging.
Selain resepi daging goreng madu berempah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.