Banyak resepi sedap dan mudah yang dapat anda buat untuk cucur. Di Malaysia, cucur banyak macamnya, ada cucur manis, cucur udang, cucur ikan bilis dan ada juga cucur ayam seperti resepi yang kami kongsikan hari ini.
Resepi cucur ayam atau disebut juga bebola ayam bersayur yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad ini telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Pasalnya, cucur ini sangat mudah, bahan-bahannya simple juga sangat sedap dan menggiurkan. Resepi ini tidak menggunakan tepung serta cara penyediaannya juga sangat senang.
Cucur ayam merupakan alternatif memakan ayam dengan cara lain terutama untuk anda yang tidak suka ayam atau anda yang jenuh makan ayam dengan resepi biasa. Kanak-kanak confirm akan suka cucur ayam. Anda boleh makan bersama nasi atau dimakan sepertu itu sahaja. Makan bersama cili padi atau cicah dengan sos cili lagi sedap.
Sila cuba resepi di bawah ini dan jamu selera keluarga anda dengan cucur ayam sedap buatan anda. Selamat mencuba.
1. Rebus ayam terlebih dahulu.
2. Selepas rebus kisar ayam sehingga hancur (letak air sedikit untuk bagi dia basah).
3. Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
4. Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan, sedia untuk diangkat. Siap!
Selamat mencuba!
Selain resepi cucur ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.