Mahu resepi cekodok pisang paling simple? Jom tengok resepi yang kami tuliskan ini. Resepi sumber daripada Zaily Akhma yang berkongsikan resepi cekodok pisang di laman Facebook.

Jika anda tidak tahu apa itu cekodok pisang, ianya ialah pisang yang dilenyek kemudian dicampur tepung dan dibuat jadi adunan bulat-bulat dan digoreng. Ia tampak agak gelap namun itu bukan hangus melainkan warna daripada pisang yang digoreng.

Resepi yang kami kongsikan ini teksturnya rangup di luar namun sangat lembut di dalam, walaupun sudah sejuk namun masih juga lembut dan sedap dimakan.

Kanak-kanak sangat suka cekodok pisang kerana rasanya manis, wangi dan lunak. Makan petang-petang selagi panas alangkah sedapnya. Sila buat resepinya dan hidangkan untuk keluarga anda.

Resepi Cekodok Pisang

cekodok pisang

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • 16 biji pisang emas,
  • 3 senduk nasi tepung beras cap bunga teratai,
  • 2 sudu tepung goreng pisang adabi.
  • Secubit garam,

Cara Membuat :

  1. Mula-mula lenyekkan pisang.
  2. Jika suda lenyek, boleh tambahkan secubit garam.
  3. Tambahkan 3 senduk tepung beras + 2 sudu tepung goreng adabi.
cekodok pisang

Imej via Facebook

4. Gaul molek guna tangan.

5. Setelah adunan rata, boleh mula panaskan minyak.

6. Basahkan tangan dan jemputkan adunan bulat-bulat ke dalam kuali.

7. Kaup balik cekodok dan kacau dengan senduk.

8. Jika sudah kuning kecoklatan, boleh di angkat.

9. Siap untuk dihidangkan.

Nota : Saya tidak letak gula sebab pisang emas sudah manis, kalau mahu letak boleh, terpulang pada citarasa masing-masing.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cekodok pisang, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.