Resepi bubur nasi ikan bilis untuk sesiapa yang tengah demam tiada selera makan sedia untuk dihidangkan. Yang tidak demam pun boleh tumpang makan juga ya.

Membuka selera sungguh kalau dapat makan macam ini bukan? “Slurp slurpp” bunyinya tidak sedar sudah habis 2 mangkuk, malah tambah lagi dan lagi.

Perkongsian bubur ikan bilis ini dibagikan oleh Amy Aziz Mohamed di laman Facebook. Resepi yang mudah dan sedap dan amat menggairahkan. Apalagi ditambah ikan bilis yang ditaburkan di atas bubur nasi. Makin tambah wangi dan enak rasa bubur.

Resepi Bubur Nasi Ikan Bilis

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan bilis dan udang kering.
  • Cabai masak, cabai kecil, bawang besar, bawang putih, belacan.
  • Gula dan garam,
  • Air limau,
  • Halia.

Cara-cara :

  1. Mula-mula goreng ikan bilis terlebih dulu.
  2. Jika ikan bilis sudah separuh garing, baru masukkan udang kering yang sudah direndam selama 15 minit (rendam supaya kembang dan lembut).
  3. Tumis cabai masak, cabai kecil, bawang besar, bawang putih dan belacan yang dikisar kasar.
  4. Jika bahan tumis sudah garing, masukkan gula, garam dan air limau. Rasa secukup rasa. (Tidak perlu masukkan air sebab ini versi sambal kering yang sesuai dimakan dengan bubur nasi).
  5. Bubur nasi dimasak seperti biasa. Masukkan halia dan garam. Tambah daging dalam bubur supaya ada rasa lemak berkrim.
  6. Sedia dihidangkan, taburkan daun bawang dan bawang goreng.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi bubur nasi ikan bilis, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.