Bayangkan bubur chacha sedap dan lazat sedia terhidangkan di atas meja. Fuh, memang best.

Bayangkan macam mana lembut dan lazatnya bubur cha cha. Simpan dalam peti sejuk lagi kaw sedapnya. Tapi juga boleh dihidangkan suam, ikut selera.

Bubur cha cha lembut biasanya diperbuat menggunakan doh tepung gandum disiram dengan kuah santan campur gula dan daun pandan.

Bubur cha cha sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut acara kenduri dan acara mewah lainnya. Tetamu juga jadi semangat nampak bubur cha cha ini.

Untuk memuaskan selera anda, di bawah ini telah kami tuliskan resepi bubur cha cha perkongsian daripada ALeen Aireish di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Bubur Cha Cha Homemade

bubur cha cha

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • ½ cawan air,
  • 1 helai daun pandan,
  • sehiris halia,
  • Gula secukupya,
  • Secubit garam,
  • Perwarna – opsional.

Cara-cara :

  1. Ayak tepung, bancuh tepung dengan air hingga jadi doh (jangan lembik).
  2. Canaikan/gelek nipis dengan roll, kemudian gunting sekeping-sekeping.
  3. Setelah gunting sekeping-sekeping, gunting kecil-kecil pula.
  4. Didihkan air, rebus doh yang telah digunting kecil-kecil tadi hingga timbul dipermukaan air.
  5. Angkat doh, masukkan ke dalam air sejuk, toskan, pindahkan ke dalam bekas lain. Buat sampai habis.
  6. Sementara kita merebus, sediakan kuah dengan cara campur bahan santan, daun pandan dan gula. Masak dengan api kecil dahulu.
  7. Setelah proses merebus habis masukkan semua kepingan kecil-kecil ke dalam kuah yang sedang dimasak. Masak seketika.
  8. Masukkan hirisan halia dan secubit garam. Kacau supaya tidak pecah santan.
  9. Tutup api, siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi bubur cha cha, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.