Bubur asyura selalunya disediakan bersempena Hari Asyura iaitu pada 10 Muharam pada setiap tahun. Bubur asyura adalah bubur yang dibuat dengan pelbagai jenis bahan. Sekurang-kurangnya 10 jenis bahan akan dicampurkan sekali bagi menghasilkan bubur asyura.

Jarang kita lihat di pasar-pasar yang ada menjual bubur asyura ini. Jadi jika anda mengidam bubur asyura anda perlulah menyediakannya sendiri di rumah. Untuk menyediakannya anda perlukan sedikit kesabaran kerana ianya mengambil masa yang agak lama untuk disediakan.


Tanpa melengahkan masa mari kita lihat cara untuk menyediakannya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Zakuan Laris P di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian dan like.

Resepi Bubur Asyura

bubur asyura
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 kampit tepung beras
  • 3 kampit gula putih
  • Garam kasar
  • 20 biji kelapa
  • Kacang hijau (direbus)
  • Kacang kuda (direbus)
  • Ubi keledek (direbus)
  • Kacang merah
  • Jagung
  • Pisang

Cara – cara penyediaan:

  1. Bancuhkan tepung dengan santan, gula dan garam.
  2. Masukkan ke dalam kawah.
  3. Masa sehingga 1 jam sehingga tiada ketulan tepung.
  4. Hendaklah dikacau sentiasa selama 1 jam.
  5. Masukkan jagung dan masak dalam 2 jam.
  6. Masukkan kesemua bahan-bahan yang telah direbus ke dalam kawah.
  7. Kacau dalam 45 minit.
  8. Masukkan pisang,
  9. Kacau dalam 20 minit.
  10. Siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat banyak lagi resepi yang telah saya kongsikan di sini. Pastinya anda boleh mencuba semuanya di rumah. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.