Semperit telah menjadi kegemaran ramai sejak dulu. Tidak kira anak-anak hingga orang dewasa mesti suka semperit. Lebih-lebih lagi bila raya.

Terdapat pelbagai jenis semperit. Antaranya semperit yang ramai dicari ialah semperit cheese. Macam menarik semperit cheese. Variasi citarasa semperit yang moden.

Resepi semperit cheese rangup ini patut anda cuba. Dibuat sebagai kudapan makan anak-anak. Pasti anak suka makan tidak cukup sebalang. Jom buat semperit cheese resepi daripada Mazriha Radzi‎ di laman Facebook.

Resepi Semperit Cheese

semperit cheese

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250 g susu pekat manis.
  • 250 g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
  • 500 g @ 540 g tepung jagung.
  • 2 sudu makan tepung gandum.
  • 3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah).
    Adunan Keju :
  • 125 g cream cheese dibiar lembut suhu bilik.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • ¼ cawan susu cair.

Cara-cara :

  1. Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju. Tidak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu. Pukul guna senduk saja.
  2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya, guna hanya 500 g tepung jagung. Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, masukkan 540 g tepung jagung.
  3. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan mentega.
  4. Tekankan ceri merah@coklat chips@ kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170°C selama 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mulai keperangan.
  6. Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.

Tip: Untuk biskut, tidak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, ia akan masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi semperit cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.