Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Biskut Dam Cookies Koleksi Dulu-Dulu Simple Dan Sedap

Kami imbau anda untuk mengenang masa dulu-dulu. Projek hari ini kita cuba buat resepi biskut dam yang mampu bangkitkan kenangan raya zaman dulu bersama…

ResepiDikemas kini 1 Jun 2020oleh Rahayu Z
Gambar pelbagai bentuk dan warna biskut dam kotak-kotak ditempatkan di atas permukaan rata.
Masa Memasak: 20-30 minit

Kami imbau anda untuk mengenang masa dulu-dulu. Projek hari ini kita cuba buat resepi biskut dam yang mampu bangkitkan kenangan raya zaman dulu bersama daripada ‎‎Midah Mohamad‎ di laman Facebook. Biskut dam memiliki rupa yang agak unik dan kotak-kotak. Umumnya kotak-kotak tersebut terbahagi antara pelbagai macam warna. Warna yang biasa dibuat ialah coklat dengan krim. Biarpun penyediaan biskut ini agak sukar dan memakan masa, ianya amat sedap dan disukai ramai. Anda kena memiliki sabar yang tinggi jika ingin membuat biskut dam. Antara proses yang kena dibuat ialah menguli, memotong, mencantum, potong lagi dan membakar. Yang penting kena sabar dan jangan terburu-buru ya.

Resepi Biskut Dam

 

Biskut dam tradisi yang garing dan sedap

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 buku buttercup (250 gram) (atau 1 cawan planta/marjerin),
  • ¾ cawan gula halus (boleh ganti susu pekat manis 1 tin),
  • 1 biji telur ayam saiz A,
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 cawan tepung jagung,
  • 3 sudu besar serbuk koko,
  • 1 sudu kecil esen vanilla,

Cara-cara :

  1. Gaulkan buttercup/marjerin/planta dengan gula sampai sebati.

  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau.

  3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Uli sampai tidak lekat di tangan. Kalau masih melekat, tambahkan tepung jagung.

  4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu bahagian gaulkan dengan serbuk koko.

    Adunan biskut dam sedang dimasak ke dalam acuan

    Imej via Facebook

  5. Buat potongan dan susun selang seli seperti dalam gambar.

    Adunan biskut dam dipotong memanjang sebelum dibakar

    Imej via Facebook

  6. Potong guna benang.

  7. Bakar dengan api atas bawah 170°C selama 20-30 minit (ikut oven masing-masing).

    Biskut dam yang telah siap dibakar kepingan

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.