Resepi yang kami bawakan kali ini adalah resepi biskut dahlia. Cara pembuatan biskut dahlia amat mudah dan anda pasti boleh menyediakannya. Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati.

Resepi kali ini berwarna – warni dan amat cantik. Ianya juga amat sesuai dibuat kudap – kudapan ketika bosan serta boleh dihidangkan kepada para tetamu.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Junita Haji Abdul Karim dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial!

Resepi Biskut Dahlia

resepi-biskut-dahlia
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 250 gram Butter Anchor Salted
  • 100 gram icing sugar
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • 2 tbsp susu pekat manis

Bahan B:

  • 250 gram tepung jagung
  • 50 gram tepung castard
  • 80 gram tepung gandum
  • 50 gram tepung beras

Cara – cara penyediannya:

  1. Gaul semua Bahan A menggunakan senduk sehingga rata. Tidak perlu gunakan mixer.
  2. Kemudian, masukkan Bahan B dan uli rata. Semasa menguli doh tidak perlu uli seperti roti, tidak perlu ditumbuk-tumbuk.
  3. Warnakan doh mengikut kreativiti masing-masing. Semasa mewarnakan doh ia akan menjadi lembut, jadi tambah sedikit tepung. Jangan biarkan terlalu lembik.
  4. Gunakan acuan semperit dan susun di atas tray.
  5. Bakar selama 20 hingga 25 minit suhu 170 atau 180 celcius.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.