Mungkin ramai lagi yang tidak tahu atau tidak makan bayam Brazil. Faktanya bahawa bayam banyak jenisnya, antaranya ialah bayam Brazil. Di bawah ini kami telah kongsikan resepi buat sayur bayam Brazil yang sedap dan sesuai tekak Melayu.
Bayam Brazil bentuknya berbeza dengan bayam hijau@merah yang umum kita jumpai. Bayam Brazil mudah hidup dengan hanya ditanam secara keratan batang. Oleh kerana itu, apabila masak bayam Brazil, ambil pucuk dan daun sahaja kerana batangnya keras tidak sesuai dimasak. Tapi jangan buang batangnya itu, kerana batangnya boleh ditanam.
Bayam Brazil sesuai dibuat bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran. Daunnya tidak berlendir dan sedikit rangup. Bahkan masyarakat Brazil makan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan minyak atau cuka.
Tumis bayam Brazil dengan sedikit belacan dan cili. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Apalagi kalau digandingkan dengan ikan goreng garing. Boleh bertambah makan 3 pinggan.
Sila cuba resepi bayam Brazil tumis belacan cili padi daripada Cik Azza Ahsani di laman Facebook.
Selain resepi bayam Brazil, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.