Salam kawan-kawan semua!

Kali ini kami akan berkongsi menu ringkas iaitu banana lumpia. Siapa pernah makan menu ini?

Nama menu ini Turon atau juga dikenali dengan nama “banana lumpia”, selalunya orang Filipino buat untuk kudapan waktu petang atau Meryenda kata diorang. Selain untuk kudapan petang, banana lumpia sedap juga untuk sarapan. Gerenti kanak-kanak suka.

Menyediakan banana lumpia amatlah mudah. Letak pisang dan buah nangka, kemudian dibalut dengan kulit popia. Sesiapa suka pisang dan nangka, ini ialah resepi yang patut anda cuba. Jom cek resepi banana lumpia yang dikongsikan oleh Haslinda Johari di laman Facebook.

Resepi Banana Lumpia

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • Kulit popia yang segi empat besar.
  • Pisang abu sebiji atau separuh pun boleh.
  • Buah nangka seulas dipotong 3 (tidak letak pun tidak apa).
  • Cheese slice dipotong 2. (Resepi asal tidak letak cheese).

Cara-cara :

  1. Letak pisang sebiji di atas kulit popia, lapis dengan cheese, letak nangka dan gulungkan macam gulung popiah.

    Imej via Facebook

  2. Panaskan minyak sampai betul-betul panas dan gorengkan deep fry dalam 2-3 minit untuk garingkan kulit popia dan cairkan cheese.

    Imej via Facebook

  3. Setelah angkat nanti tabur gula perang, tabur sebelum goreng pun boleh.

Makan panas-panas sedap sangat. Kalau makan dengan ice-cream pun sedap, drizzle caramel atau chocolate sauce pun sedap.

Resepi Menarik Lain

Selain banana lumpia, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.