Ayuh masak ayam lemak cili padi paling mudah hari ini. Ayam masak lemak cili padi nogori style. Saking mudahnya resepi ini hanya campak semua bahan kemudian biar mereneh dan jadilah dia.

Lebihkan buat kuah boleh terasa sedap masa dihirup. Kepedasan mengikut selera anda, akan tetapi bukan masak lemak cili padi namanya jika tidak terasa cili padi nya itu.

Lagi kalau makan ayam masak lemak cili padi ini dengan nasi putih dan kerupuk, jadi makin sedap terangkat. Makan sampai bertambah-tambah. Ayam masak lemak cili padi boleh dihidangkan untuk acara kenduri.

Tanpa tunggu lagi, mari lihat resepinya di bawah ini. Resepi daripada Anith Natasha‎ di laman Facebook. Jemput baca dan selamat mencubanya.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

ayam masak lemak cili padi

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Cili padi,
  • Serai,
  • Kunyit hidup,
  • Santan,
  • Ayam yang kecil,
  • Asam keping (tapi saya pakai extrak asam jawa adabi),
  • Garam and sedikit gula.

Cara-cara :

  1. Masukkan ayam, santan (kalau pakai santan segar boleh masukkan santan yang cair dulu, yang pekat boleh masukkan selepas kuah mendidih).
  2. Masukkan serai yang dititik, cili padi dan kunyit yang ditumbuk, asam keping ke dalam periuk.
  3. Biarkan mereneh dengan api perlahan dan jangan sampai pecah minyak.
  4. Akhir sekali masukkan garam.
  5. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam masak lemak cili padi , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.