Tiada idea untuk amsak pada hari ini? Mencari masakan ayam ala Chinese yang sedap? Pada perkongsian ini akan kami tuliskan resepi ayam halia Chinese style dengan rasa sebenar.

Ayam halia Chinese style rasa sedap dan hangat di perut. Masakan ini berkhasiat dan mampu mengurangkan angin dalam badan.

Masakan ini sedap dimakan dengan nasi panas. Ianya berkuah dan kuahnya pula sedap jadi makin menambah nafsu makan, anak-anak pun suka.

Tanpa buang masa, mari lihat resepi yang dikongsikan oleh IsMa Lyeza di laman Facebook sekarang juga. Selamat mencuba.

Resepi Ayam Masak Halia Chinese Style

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 keping dada ayam dipotong kecil,
  • 2 inci halia dihiris panjang,
  • 3 sudu besar kicap cair/kicap masin,
  • Garam,
    (bahan digaul dan diperap 5-10 minit).
  • 4 ulas bawang putih diricik halus,
  • Hirisan cili padi,
  • 4 tangkai cili kering,
  • 1 ½ sudu kecil sos tiram,
  • 1 ½ sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air,
  • 1 camca kecik stok ayam,
  • Bawang besar dipotong baji,
  • Minyak bijan/biasa untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih, cili padi, halia hiris, cili kering.
  2. Masukkan ayam yang sudah diperap tadi. Digoreng sampai masak.
  3. Masukkan sos tiram dan stok ayam.
  4. Masukkan bancuhan air tepung jagung.
  5. Perasakan dengan garam dan gula sedikit.
  6. Masak sampai sebati dan seimbangkan kepekatan kuah.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam halia Chinese style, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.