Ada yang baru daripada Oreo. Selalu saja ada olahan makanan dengan Oreo. Kerana rasanya yang universal itu, Oreo sesuai dipadankan dengan makanan kek, kuih, atau makananan ringan jenis apapun.

Resepi kali ini datang daripada Sarifah Mohd Hairi‎, di mana ia mengongsikan resepi apam menggunakan Oreo di laman Facebook. Macam mana boleh ya? Sila tengok gambar, tampak sangat menyelerakan kan? Kerana itulah, rersepi ini sangat viral dalam bulan ini.

Apam yang hijau gebu, ketika di ambil bagian dalamnya nampaklah Oreo yang diolah mejadi kek. Tampak macam Oreo berkrim. Kek macam gini, sesuai di bawa ke rumah kerabat jauh kerabat dekat atau bawak untuk  mak mertua pun boleh.

Tunggu apalagi, kami hadirkan kepada anda resepi apam oreo yan paling banyak dicari ini. Gerenti enak dan memuaskan tekak anda. Selamat mencuab.

Resepi Apam Oreo

apam oreo

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 4 biji telur*
  • 1 cawan gula*
  • 1 sb ovellet*
  • 1 sk esen vanilla*
  • 2 sb susu pekat*
  • 2 cawan tepung gandum
  • Beberapa keping Oreo (hancurkan)
  • Pewarna hijau

Cara-cara :

  1. Blander/mix semua bahan bertanda * hingga gebu atau bertukar warna putih.
  2. Kemudian masukkan bahan ke dalam bekas dan campurkan dengan tepung gandum dan kacau rata.
  3. Lalu bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian campurkan serbuk oreo yang sudah dihancurkan, 1 bahagian lagi masukkan pewarna hijau.
  4. Sapukan minyak pada acuan terlebih dahulu kemudian masukkan adunan warna hijau dan ratakan ke sekeliling acuan.
  5. Terus masukkan adunan warna putih/oreo pulak.
  6. Ratakan. Kukus selama 30 minit.
  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi apam oreo, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.