Antara menu yang digilai ramai. Kami hadirkan resepi Almond Cluster namanya. Menurut yang punya resepi puan Lyla Qaishah di laman Facebook, kudapan ini ialah menu wajib dibuat setiap tahun.

Selain hanya semata menggunakan kacang badam, anda boleh juga berkreativiti dengan menambah cornflakes sekali. Bahan dan cara menyediakan memang paling senang.

Ramai juga permintaan menu ini terutamanya kanak-kanak sebab ada coklat manis dan kacang garing, kanak-kanak suka. Kalau buat menu ini kena senyap-senyap kalau tidak nanti banyak masuk mulut daripada masung cup. Jomlah kita cuba buat resepinya.

Resepi Almond Cluster

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Badam dipotong,
  • Coklat milk Beryls,
  • 1 sudu shortening(fungsi melambatkan proses pembekuan),

Cara-cara :

  1. Masak coklat dengan teknik double boil.
  2. Untuk kacang badam pula, boleh sangai tanpa minyak atau bakar dalam oven selama 5 minit pada suhu 230°C. Sebelum itu oven kena panaskan selama 15 minit.

Resepi Menarik Lain

Kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.