Bagi penggemar tegar aiskrim vanilla, anda patut cuba resepi aiskrim vanilla homemade yang kami kongsikan kali ini. Memang sangat berbaloi dan jimat jika buat sendiri. Boleh buat bila-bila dan makan sampai puas.

Musim panas menyengat seperti sekarang ini, memang lah paling padu kalau dapat makan yang sejuk-sejuk bukan? Sudah duduk di dalam rumah pun, panas bahang masih terasa sampai ke dalam.

Panas macam itu memang akan membuat kita sentiasa dahaga. Mahu minum yang sejuk-sejuk saja. Aiskrim vanilla homemade yang dikongsikan oleh Nur Halim di laman Facebook ini mampu memberikan kesegaran yang menyejukkan.

Alat yang digunakan hanya blender sahaja. Bahan-bahan yang digunakan pula senang dijumpa, susu, ovalate, esen vanilla dan tepung jagung. Bahan di blender hingga mencapai tekstur aiskrim yang lembut. Sekali cuba mesti anda akan suka resepi aiskrim homemade ini.

Resepi Aiskrim Homemade Vanilla

aiskrim vanila homemade

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 tin susu cair,
  • Setengah tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tidak suka manis),
  • 1 sudu besar ovalate,
  • 2 penutup essen vanilla (jika mahu sedap guna creamy vanilla),
  • 1 sudu kecil tepung jagung,

Cara Membuat :

  1. Blend kesemua bahan sampai likat.
  2. Sejukkan.
  3. Siap dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi aiskrim homemade vanilla, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.