Resepi Air Katira (Segarkan Dahaga)
Cuaca panas macam sekarang. Mesti anak-anak sibuk ingin air katira bukan? Mak-mak sekarang bolehlah cuba buat sendiri dengan perkongsian yang kami…

Cuaca panas macam sekarang. Mesti anak-anak sibuk ingin air katira bukan? Mak-mak sekarang bolehlah cuba buat sendiri dengan perkongsian yang kami kongsikan di bawah ini. Resepi air katira cuba-cuba daripada Sheila Fendy di laman Facebook ini banyak mendapat perkongsian. Silalah cuba buat resepi ini untuk hilangkan dahaga. Lebih berbaloi daripada beli mahal-mahal bukan? Bahkan minuman ini banyak dihidangkan semasa keduri, bulan puasa dan hari raya. Buat sendiri lebih puas. Menggunakan pewarna minuman berperisa tebu. Kenapa tebu? Tidak rasa tebu kah nanti airnya? Tenang sahabat semua, tidak rasa tebu pun melainkan rasa katira sebenarnya. Resepi simple tapi sedap dan menarik. Jom cuba!
Resepi Air Katira Segar

Imej via Facebook
Bahan-bahan :
-
Pewarna minuman berperisa tebu,
-
Susu pekat manis,
-
Chia seed / biji selasih,
-
Air cincau.

Imej via Facebook
Cara-cara :
- Sukatan mengikut sesedap mata memandang dan sesedap rasa.
- Air cincau ditapis. Ambil cincaunya sahaja.
- Mula-mula masukkan minuman berperisa tebu ke dalam bekas/cawan.
- Kemudian masukkan cincau.
- Seterusnya masukkan chia seeds/biji selasih.
- Kemudian masukkan susu pekat manis.
- Bancuh dengan air secukupnya.
- Tambahkan ais supaya lebih segar dan sedap.
- Siap.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi air katira, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.