Air Asam merupakan hidangan yang paling penting apabila menyediakan ikan bakar. Selain ikan bakar yang segar, air asam yang sedap juga memainkan peranan yang penting bagi menyediakan hidangan yang sempurna.

Kali ini, kami akan kongsikan kepada anda resepi air asam yang amat lazat yang anda boleh sediakan sendiri dan pasti dapat menaikkan selera semua!

Resepi ini dikongsikan oleh CT Nazura dan telah mendapat banyak likes serta komen positif.

Resepi Air Asam Ikan Bakar

resepi-air-asam-ikan-bakar
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan dikisar:

  • Cili api
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Gula 
  • Air asam jawa

Bahan dipotong

  • Bawang merah besar
  • Tomato
  • Cili merah
  • Cili api hijau

Cara – cara penyediaannya:

  1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar.
  2. Kacau sebati bahan yang dikisar.
  3. Kemudian, masukkan bahan yang telah dipotong.
  4. Boleh perah limau untuk tambah rasa.
  5. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.