Kali ini kami kongsikan resepi mesti cuba iaitu nutella swirl mini burnt cheesecake yang seriously sedap dan adiktif. Jika selalunya burnt cheesecakes dibuat dalam saiz yang besar sahaja maka kali ini resepi nutella swirl mini burnt cheesecake ini lebih spesial kerana menggunakan nutella sebagai topping.

Nutella swirl mini burnt cheseecake sesuai juga dijadikan dessert untuk lunch box anak-anak sebab bentuknya yang unik dan menarik amat menyelerakan, dan untuk produk bisnes pun boleh.

Resepi menarik ini dikongsikan oleh chef kecil Danish Harraz di laman Facebook. Jangan sampai terlepas resepi sedap ini ya. Resepi ini boleh dapat 12-13 biji saiz muffin biasa.

Resepi Nutella Swirl Mini Burnt Cheesecakes

mini burnt cheesecake

Imej via Facebook

Bahan Kek :

  • 500 g krim cheese yang telah dilembutkan terlebih dahulu,
  • 250 ml dairy whipping cream,
  • 3 biji telur gred A,
  • ½ cawan gula putih,
  • 1 sudu teh ekstrak vanilla,
  • 2 sudu besar tepung gandum, diayak.

Bahan Nutella Mix :

  • ¼ cawan nutella,
  • ½ cawan adunan krim cheese.
    (Adunan ini boleh lebih kurangkan ikut saiz muffin).

Cara-cara :

  1. Campurkan krim cheese, dan gula dengan mixer sehingga lembut.
  2. Masukkan ekstrak vanila, dan masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Masukkan lagi gula dan whipping cream.
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan mix selama 20 saat.
  5. Dalam bekas lain campurkan sedikit adunan cheese dengan nutella.
  6. Seterusnya, susun muffin paper dalam muffin tray atau boleh guna baking paper.
  7. Lalu tuang adunan cheesecake dan adunan nutella ke dalam cup, kemudian swirlkan.
  8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu guna api atas bawah, tanpa kipas, pada suhu 180°C selama 30 minit (jika muffin saiz besar tambah lagi 10-15 minit jika perlu, bergantung pada suhu oven masing-masing) kemudian naikkan suhu kepada 200°C dan bakar lagi selama 10-
  9. 15 minit (bergantung pada saiz muffin dan oven masing-masing).
  10. Cucuk ditengah cheesecake, jika tiada cecair yang melekat kecuali crumbs, tandanya cheesecake sudah masak. Jangan overbake, nanti kering, tak sedap.
  11. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan lebih sedap.

Nota :

  1. Bahan ini hanya untuk saiz muffin sahaja, jika mahu jadikan cake perlu cuba sendiri dan adjust masa bakarnya.
  2. Semua bahan mesti berada dalam suhu bilik.
  3. Waktu bakar perlu lebih kurangkan ikut saiz mini cheesecake yang dibuat.

Resepi Menarik Lain

Selain nutella swirl mini burnt cheesecake, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.