Tengok sekali macam bebola daging. Tapi ini bukan bebola daging ya. Ini ialah keropok lekor cheese.

Kalau kebiasaannya keropok lekor bentuk panjang-panjang, keropok lekor cheese bentuk bulat-bulat. Cheese pula diletak sebagai inti dan akan cair bila direbus. Syok sangat bila cheese meleleh dalam mulut.

Keropok lekor cheese homemade resepi oleh Net Azr boleh dapatkan 500 biji keropok lekor. Tidak usah risau meskipun keropok ini tebal tapi ia tidak keras sama sekali malah lembut di dalam. Jom cubakan resepi menarik ini.

Resepi Keropok Lekor Cheese

lekor cheese

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 3 kg isi ikan (tamban/selayang),
  • 3 kg tepung sagu (kalau tidak ada sagu ganti dengan tepung kanji/ubi) tapi lagi sedap guna tepung sagu,
  • 50 gram garam,
  • 20 gram perasa (Aji/Hilal/Maggi cukup rasa),
  • Ais kiub.

Cara-cara :

  1. Gaul sebati semua bahan, masukkan ais kiub lebih kurang 10/15 kiub. *Fungsi ais untuk sejukkan adunan dan untuk gantikan air.
  2. Gentel ikut kreativiti masing-masing, mahu bujur, bulat, atau panjang ikut suka anda. *Guna tepung kanji/ubi untuk gentel supaya tidak lekat.
  3. Rebus dalam air mendidih. Bila sudah timbul maknanya sudah masak. Angkat dan sedia untuk dimakan. Boleh digoreng atau rebus sahaja.
  4. Sapukan minyak supaya keropok tidak bergabung.
  5. Perasa boleh tambah ikut selera sendiri.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain lekor cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.