Jom buat kentang goreng viral boleh buat makan petang. Anda makan apa petang ini?

Resepi kentang goreng ini cukup viral dalam kalangan rakyat Malaysia. Cara menyediakan yang boleh dikatakan mudah dan rasanya rangup sedap. Namun sebahagian orang ada yang gagal bila cuba buat sendiri, kentang tidak menjadi, mungkin disebabkan ada kesilapan pada resepi yang dicubakan, atau boleh jadi kerana nisbah tepung tidak sesuai.

Resepi mudah saja, patutnya senang dan terus jadi. Melihat kerisauan anda kami datangkanlah resepi kentang goreng viral yang lebih detail dan konfirm menjadi. Dibawakan dari laman Facebook oleh Nor Fazira. Selamat mencuba.

Resepi Kentang Goreng Viral

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kentang 4@5 biji,
  • Daun sup cincang,
  • Bawang besar cincang,
  • Lada hitam,
  • Garam,
  • Tepung jagung 8 sudu besar,
  • Tepung beras 1 sudu besar.

Cara-cara :

  1. Rebus dan hancurkan kentang hingga lumat.
  2. Campurkan kentang dengan semua bahan hingga sekata.

    Imej via Facebook

  3. Penyekkan adunan dalam plastik hingga nipis tapi jangan terlampau nipis.
  4. Potong adunan dengan kemas bentuk jejari.

    Imej via Facebook

  5. Digoreng hingga kembang dan keperangan.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain kentang goreng viral , kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.