Resepi Kek Milo KUKUS (Simple dan Sedap)
Mencari idea buat kek yang mudah dan lazat? Kami cadangkan kek Milo kukus semudah ABC. Resepi ini amat berguna untuk anda yang tidak punya oven di rumah.…

Mencari idea buat kek yang mudah dan lazat? Kami cadangkan kek Milo kukus semudah ABC. Resepi ini amat berguna untuk anda yang tidak punya oven di rumah. Resepi ini paling ramai dicari kerana ia amat mudah dan rasanya sedap. Dengan hanya 3 bahan sahaja, Milo, telur, dan susu pekat, jadilah ia kek Milo sedap, lembut elok macam kek mahal-mahal di kedai. Kek Milo amat sesuai dihidang sebagai menu minum petang. Lagi kalau diberi topping coklat ganache lemak manis, gerenti sedap lupa dunia. Ayuh buat kek Milo kukus, resepi dikongsikan oleh Mime Mustafa di laman Facebook. Selamat mencuba.
Resepi Kek Milo Kukus

Imej via Facebook
Bahan-bahan :
-
2 gelas Milo,
-
4 biji telur,
-
2 sudu besar susu pekat manis (kalau suka manis boleh letak lebih lagi).

Imej via Facebook
Cara-cara :
-
Campurkan dan blend semua bahan sehingga adunan rata.
-
Panaskan dapur/steamer sehingga mendidih.
-
Masukkan adunan tadi ke dalam acuan atau gelas (ikut selera) dan masukkkan ke dalam steamer lebih kurang satu jam.
-
Sedia untuk di hidang dan selamat mencuba.

Imej via Facebook
Resepi Menarik Lain
Selain kek Milo kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.