Siapa tercari resepi ikan celup tepung Terengganu? Kali ini kami akan berkongsi resepi Terengganu punya iaitu ikan celup tepung.
Ikan celup tepung biasa dihidang di kedai-kedai makan. Cara penyediaan lauk ini amat mudah. Ikan dilumur garam kunyit kemudian dicelup dengan tepung beras. Senang sangat dalam 10 minit boleh siap. Sedap untuk dihidang sebagai lauk tengah hari. Dimakan dengan nasi putih panas, sambal belacan, dan ulam sedap sangat.
Sesiapa yang ingin jadi menantu orang Rusila, Terengganu kena pandai buat ikan celup tepung ya. Ayuh cuba buat ikan celup tepung dihadirkan oleh Siti Aisyah Mohd Zain di laman Facebook. Rangup dan lazat sangat. Petua letak kelapa parut itu supaya tepung jadi makin rangup.
Siap sedia dimakan.
Selain ikan celup tepung terengganu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.