Selain dari dalgona coffee, dalgona Milo, rupanya ada pula dalgona candy. Siapa pernah makan dalgona candy? Mungkin sebab teksturnya yang fluffy dan berbuih halus maka nama mereka adalah dalgona.

Tidak makan masa, cara buat dalgona candy amatlah mudah. Candy diperbuat dari gula yang dikaramelkan, dan dicampur dengan soda. Gula karamel apabila bertindakbalas dengan soda, akan menghasilkan efek buih yang gebu. Terus tuangkan atas loyang untuk dikeraskan. Bila sudah keras (jadi tekstur candy), ia diketuk-ketuk halus dan ditaburkan atas susu. Sedap sungguh.

Katanya, secawan dalgona candy susu di US harganya buleh tahan mahu pitam. Buat sendiri lah, lebih berbaloi. AJ El-Idrisi berkongsi resepi dalgona candy di laman Facebook. Resepi yang menarik ini telah banyak menyita perhatian. Anda cubalah pula.

Resepi Dalgona Candy

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Secawan gula,
  • Soda kurang dari separuh sudu kecil. Kalau soda banyak nanti dia pahit.

Cara-cara :

  1. Karamelkan gula, bila gula sudah cair tutup api.

    Imej via Facebook

  2. Masukkan soda, kacau-kacau sehingga dia berbuih. Kacau sekejap sahaja.

    Imej via Facebook

  3. Terus tuang ke dalam loyang, tunggu keras sekejap.
  4. Jika sudah keras boleh ketuk-ketuk.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain dalgona candy, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.