Tercari resepi makanan sihat berasaskan oat? Ayuh tengok dulu tulisan kami di bawah iaitu perkongsian resepi bubur oat ayam. Sihat gerenti seratus peratus.

Bubur oat ayam pula sesuai untuk orang yang berdiet sebenarnya, sebab makanan ini penuh fiber, dapat lancarkan sistem penghadaman di dalam tubuh.

Selain daripada berkhasiat dan sedap, makanan ini pula amat cepat dan mudah penyediaannya. Sesuai untuk sarapan atau makan malam. Terutamanya untuk orang yang tengah berdiet. Jom cubakan resepi yang dikongsikan oleh MrsMoon MJ di laman Facebook.

Resepi Bubur Oat Ayam

bubur oat ayam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 4 sudu besar rolled oat (jenama apapun),
  • ½ bawang holland potong dadu,
  • 3 ulas bawang putih cincang,
  • Sedikit halia hiris halus,
  • Isi ayam,
  • Carrot dan kentang potong dadu,
  • 1 kiub pati ayam,
  • Cili padi, daun sup, dan bawang goreng untuk hiasan (optional).

Cara-cara :

  1. Tumiskan bawang holland, bawang putih dan halia sampai naik bau.
  2. Masukkan carrot dan kentang.
  3. Masukkan isi ayam.
  4. Masukkan air panas.
  5. Masukkan kiub pati ayam.
  6. Reneh sekejap sampai ayam masak, carrot dan kentang empuk.
  7. Masukkan oat.
  8. Bila sudah nampak oats blend sempurna, sudah boleh dihidang.

Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain bubur oat ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.