Siapa yang masih ingat dengan biskut sarang semut? Yep biskut ini memang wujud sekian lamanya, namun hingga sekarang biskut ini masih fenomenal dan disukai orang ramai, apalagi untuk acara-acara kenduri, camilan mahupun sebagai kuih raya, biskut ini selalu digemari.
Resepi untuk membuat biskut ini mudah sahaja, namun anda harus memiliki kesabaran dalam membuat biskut ini kerana ia memerlukan masa pada proses finishing nya. It’s okay as long as biskut anda sedap dan disukai oleh orang ramai… kan :)
Telah mendapat perkongsikan di facebook sebanyak 4.3K, resepi biskut sarang semut dengan sukatan cawan yang dikongsikan oleh Fipah Fiffy ini dibanjiri komentar positif dari orang-orang yang sudah membuat resepi ini. Sekarang pula masanya anda untuk menujukkan kebolehan anda membuat Biskut Sarang Semut ini. Selamat mencuba resepi ini…
1. Panaskan oven 180°C, selama 10 minit.
2. Pukul gula dan butter sehingga kembang.
3. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla.
4. Kemudian masukkan 3 jenis tepung tadi. Gaul hingga menjadi doh.
5. Parut doh, letak dalam papercup. Bakar 180°c selama 25 minit sehingga masak.
6. Akhir sekali, taburlah semut-semut dia dekat atas tu. Siap
Selain resepi biskut sarang semut ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya