Pernah kami berkongsi ayam bakar madu ala pasar malam, kali ini kami akan berkongsi resepi ayam bakar madu western punya pula. Dengar nama macam menarik bukan?

Jangan tidak cuba resepi ini kerana bahan-bahan dan cara buatnya mudah yang amat. Resepinya berbeza dengan ayam madu biasa. Terlebih lagi masak dengan air fryer lagi senang, tekan dan tunggu sahaja. Sambil tunggu dibakar dengan air fryer boleh buat kerja lain pula.

Anda patut cuba resepi ayam bakar madu western guna air fryer yang dikongsikan oleh Ben Safwan di laman Facebook. Bahan di bawah adalah untuk 2 ketul isi peha ayam dan dada. Bersihkan dan cucuk ayam dengan pisau serta kerat supaya perasa masuk ke dalam isi. Pastinya sangat berbaloi bila dimakan.

Resepi Ayam Bakar Madu Western Air Fryer

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 sudu makan minyak masak untuk ayam tidak kering,
  • 1 sudu makan madu/maltosa untuk ayam berkilat/manis,
  • 1 sudu makan serbuk cili Babas untuk ayam cantik merah dan ada pedas,
  • 1 sudu teh garam bukit,
  • ½ sudu makan masing-masing Thyme, Parsley, dan Basil.

Cara-cara :

  1. Gaul sebati bahan dan lumur ratakan pada bahagian ayam, tiak perlu perap.
  2. Kemudian terus bakar dalam Air Fryer dengan rahsia tetapan ini untuk dapatkan hasil cantik, ayam masak elok. 20 minit pertama suhu 170°C.
  3. Lalu terbalikkan ayam dan bakar 10 minit pada suhu 170°C untuk kali kedua.
  4. Akhir sekali tidak perlu terbalikkan ayam dan bakar selama 10 minit pada suhu 140°C supaya betul-betul masak hingga ke tulang. Siap.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain ayam bakar madu western, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.