Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api (Lazat Enak Sekali!)
Hari ini kami bawakan sebuah resepi yang amat istimewa iaitu resepi ketam masak lemak cili api. Tahukah anda, resepi ini amat mudah untuk disediakan?…

Hari ini kami bawakan sebuah resepi yang amat istimewa iaitu resepi ketam masak lemak cili api. Tahukah anda, resepi ini amat mudah untuk disediakan?
Ketam masak lemak cili api boleh dijadikan sebagai masakan tengah hari ataupun makan malam. Dengan resepi ini, anda boleh menyediakannya sendiri serta ianya lebih bersih dan harganya juga sudah tentu lebih jimat.
Tanpa membuang masa, jom kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh Eqin Norzan di Facebook milik beliau.
Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

image via Facebook
Bahan - bahan:
- Ketam (lebih kurang 6 ke 8 ekor)
- Segenggam cili padi
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit serbuk/kunyit hidup
- Asam keping
- Serai di titik
- Santan secukupnya
- Air secukupnya
- Garam
Cara - cara memasak:
- Kisarkan atau tumbuk cili padi, bawang dan kunyit hidup.
- Di dalam periuk, masukkan air dan ketam bersama dengan bahan yang telah dikisar.
- Masukkan asam keping, serai dan garam.
- Tunggu sehingga ketam bertukar warna agak kemerahan, kemudian masukkan santan.
- Kacau selalu supaya santan tidak pecah.
- Perasakan kuah mengikut selera anda.
- Sekiranya tak cukup warna, bolehlah ditambah serbuk kunyit.
- Biarkan mendidih.
- Siap!
Resepi - resepi lain yang menarik:
Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!