Seperti yang kita tahu, Malaysia akan mengalami musim tengkujuh bermula Oktober hingga Disember. Keadaan ini akan menyebabkan hujan sepanjang hari terutama pada waktu petang di kebanyakan negeri di Malaysia.

Hal ini menjadi faktor pertambahan bilangan kereta di jalan raya kerana pengguna motosikal beralih untuk menaiki kenderaan berbumbung pada musim tengkujuh. Bukan itu sahaja, ada juga yang sanggup menggunakan perkhidmatan e-panggilan atau e-hailing untuk melindungi diri ketika hujan untuk sampai ke destinasi tujuan.

Salah satu perkhidmatan e-panggilan yang mengambil inisiatif untuk membantu pelanggannya dalam mengatasi masalah ini adalah Maxim. Seperti ramai yang sedia maklum, Maxim adalah perkhidmatan e-panggilan terkemuka di dunia yang menawarkan harga yang berpatutan walaupun ketika musim tengkujuh.

Tak cukup dengan itu, pengguna dapat mengetahui kos perjalanan ketika membuat pesanan di aplikasi walaupun ketika cuaca buruk atau berlaku kesesakan lalu lintas. Penumpang juga mendapat akses secara terus menuju ke destinasi yang dipilih tanpa menunggu perkhidmatan awam yang lain.

Sehubungan dengan itu, Maxim e-panggilan menerusi inisiatifnya telah mengemukakan beberapa cadangan dan langkah terbaik untuk membantu perjalanan bagi pengguna perkhidmatan ini ketika musim tengkujuh. Antara cadangan yang boleh pengguna lakukan adalah:

  • Membuat pesanan awal di aplikasi Maxim

Pengguna boleh membuat pesanan awal menerusi aplikasi Maxim dan boleh berhubung dengan bakal pemandu. Pengguna juga boleh memilih tarikh dan masa perjalanan terlebih dahulu di bahagian pra tempahan.

  • Berkongsi kenderaan bersama rakan

Pengguna boleh berkongsi kenderaan Maxim dengan rakan yang lain dalam satu perjalanan sahaja walaupun destinasi tujuan yang berbeza. Hal ini dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas.

  • Membuat pesanan penghantaran barang atau makanan

Maxim juga menyediakan perkhidmatan penghantaran barang atau makanan menggunakan kereta walaupun sewaktu cuaca buruk. Barang atau makanan akan sampai dengan selamat tanpa kerosakan akibat hujan. Untuk perkhidmatan ini, pengguna boleh membuat pesanan menerusi aplikasi Maxim di bahagian penghantaran.

Maxim percaya menerusi inisiatifnya ini dapat membantu ramai masyarakat untuk menuju ke sesuatu tempat atau membuat pesanan barang dan makanan dengan lancar sewaktu musim tengkujuh.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.