Asas makeup untuk memastikan wajah kekal lembab dan cantik berseri-seri adalah dengan menggunakan foundation. Ia juga digunakan sebagai bedak asas mengikut kesesuaian kulit masing-masing.

Selain mencantikkan wajah, foundation terbaik berfungsi mengurangkan masalah kulit wajah berminyak supaya kelihatan lebih normal dan flawless. Barulah pakai makeup pun tahan lama sampai setengah hari!

Jom kami kongsikan 13 jenis foundation terbaik paling berkesan dan dipercayai ramai. Jangan risau jika tak tahu pilih foundation terbaik, jenama di bawah pasti membantu anda.

Alha Alfa Foundation

foundation terbaik

Foundation Alha Alfa mempunyai peminatnya tersendiri dan mempunyai khasiat yang bagus. Bukan sahaja mencantikkan, tetapi ia juga dapat memutihkan wajah sekiranya anda kerap memakainya.

Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation

Foundation terbaik ini merupakan antara jenama yang sudah dipercayai ramai dan berkesan digunakna. MAYBELINE hadir dengan faoundation yang terdiri dari 19 warna untuk dipilih.

Foundation ini menjanjikan kemasan serbuk matte bagi menghasilkan rupa kulit yang lebih cantik dan licin. Ia sesuai untuk semua jenis kulit terutama untuk kulit wanita Asia walaupun berkulit normal dan berminyak.

ELIANTO Whitening Stick Foundation (04 Classic Beige)


Foundation terbaik Elianto sangat mudah diguna dan ia amat sebati pada permukaan kulit. Teksturnya sangat ringan dan cantik apabila dipakai malah tidak melekit pada kulit wajah.

Untuk pengetahuan anda, Elianto ini juga boleh dijadikan pemutihan kulit kerana adanya kandungan SPF60 + / PA ++. Bukan sahaja terlindung dari cahaya matahari, tetapi juga kulit lebih lembab semulajadi dan menutup cela-cela kulit wajah.

L’Oreal Paris True Match Liquid Foundation SPF16

Foundation terbaik berkesan dan dipercayai dari L’oreal Paris ini menjadikan kulit tampak semulajadi, berseri dan lebih sihat.

Selepas memakainya, anda bebas ke mana sahaja kerana ia memiliki perlindungan UV untuk kulit selama 24 jam. Tona warna kulit juga nampak lebih cantik dan berbeza.

OKAYA Perfect Liquid Foundation Medium

Sangat terkenal suatu masa dahulu, OKAYA adalah foundation terbaik sekiranya anda ingin nampak kulit putih dan licin. Ia esuai untuk semua jenis kulit dengan tujuan untuk melembutkan, menyeimbangkan kulit dan menghaluskan wajah tanpa meninggalkan kesan berminyak ketika dipakai.

Selain itu, ia boleh membaiki kerosakan pada permukaan kulit walaupun kulit jenis kering, berminyak dan sensitif. Kaya dengan vitamin E,C, minyak omega, masalah penuaan yang cepat juga dapat dielakkan.

Nars Foundation

foundation terbaik

Nars Foundation sangat terkenal sebagai foundation terbaik untuk bakal-bakal pengantin yang mengambil servis mekap. Tekstur kulit nampak lebih licin, flawless dan putih tanpa bercapuk. Ia dapat mengawal minyak berlebihan pada kulit wajah dan sesuai untuk semua jenis kulit.

E.L.F Acne Fighting Foundation

Foundation terbaik yang berfungsi sebagai krim asas solekan ini mampu menutup kesan jerawat dan melindungi cela jerawat. Wajah akan tambah lebih bersih, cerah dan cantik berseri.

Tiada lagi kulit kusam dan tidak bermaya. Ia sesuai digunakan untuk kulit jenis normal mahupun sensitif. Foundation dari ELF ini mengandungi sid Salicylic, Witch Hazel, Camphor, Tea Tree dan Soothing Aloe. Foundation yang berfungsi sebagai full coverage. Ia juga dapat menghapuskan sel kulit mati dan jerawat.

MAC Pro Longwear Nourishing Waterproof Foundation

foundation terbaik

siapa kata foundation bersifat kalis air tidak ada! Ini adalah foundation terbaik yang kalis air iaitu dari jenama MAC. ia turut boleh digunakan sebagai concealer bagi menutup cela dan pemakaiannya boleh bertahan sehingga 24 jam paling maksimum.

Tekstur foundation ini sangat ringan dan semulajadi apabila dipakai pada kulit. Ia juga turut menyediakan penghidratan segera dan sesuai untuk pemakaian jangka panjang kerana sifatnya yang bebas minyak.

Pinkflash Full Coverage Foundation

foundation terbaik

Pinkflast foundation ini terkenal sebagai foundation ringan yang tahan lama sepanjang hari serta dapat mengawal minyak berlebihan pada kulit wajah. Terdapat 5 jenis tona warna foundation yang sesuai untuk jenis warna kulit yang berbeza boleh anda pilih.

G9 BIOAQUA Super Wearing Water Flawless BB Cream

Foundation terbaik ini sangat selesa dipakai, tidak berminyak dan tidak mudah luntur. Percaya ataupun tidak harganya hanyalah RM4.90! Didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Gading Putih, Kuning Cerah dan juga Warna Semulajadi.

Kapasitinya adalah seberat 30ml. Ia berfungsi untuk menutup cela terutama pada kawasan dahi dan juga pipi. Jom cuba!

SILKYGIRL Skin Perfect Liquid Foundation (02 Natural)

foundation terbaik

Foundation terbaik dari Silky Girl ini mengandungi Nano Seaweed Plus Vitamin E yang merupakan ejen anti-oksidan yang kuat menghalang kotoran radikal bebas terbentuk.

Foundation ini mengandungi SPF 30 dan PA +++ dimana kulit akan terlindung dari sinar UVA dan UVB yang berbahaya. Pasti sekali, kulit bukan sahaja terlindung, tetapi lebih cantik dan mekap akan tahan lama.

L’Oreal Paris Infallible 24H Fresh Wear Foundation

L’Oréal Paris dengan produk Infallible 24H Fresh Wear Foundation terbaik ini sangat sesuai digunakan untuk kulit wajah dewasa dan berusia. Wajah akan tampil ceria, cantik dan segar, tak kusam lagi. Walaupun memakai selama 24 jam, wajah masih lagi berseri dan mekap tahan lama.

Revlon Foundation

foundation terbaik

Tahan sehingga 24 jam sememangnya menjadi pilihan wanita bekerjaya, untuk mekap kekal cantik di wajah. Foundation Revlon juga merupakan salah satu foundation terbaik untuk tampak wajah flawless dan lembab sepanjang hari.

Berikut adalah foundation terbaik yang sesuai untuk kulit wajah wanita di Malaysia atau orang asia. Jom baca juga stroller travel terbaik Malaysia, termometer terbaik di Malaysia, seterika terbaik dan microwave oven terbaik Malaysia.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.