Ramai yang sukar mencari toner terbaik untuk kulit kusam. Kulit kusam sering terjadi hampir kepada semua wanita sekiranya tidak menjaga wajah dengan begitu rapi.

Pemakanan juga memainkan peranan penting dalam memastikan kulit sentiasa segar dan lembab. Selain itu, amalkan minum air kosong sehari lebih dari 8 gelas untuk kembalikan kesegaran wajah.

Namun, pemakaian toner pada wajah juga sangat penting. Anda perlu memilih toner terbaik untuk kulit kusam supaya ianya bertindak balas dengan baik dan berkesan.

Jom lihat antara toner terbaik untuk kulit kusam yang boleh anda cuba.

1. Lovera Glossy Skin Serum Toner

toner untuk kulit kusam

Glossy Skin Serum Toner adalah toner berkonsepkan serum pelembap cecair yang berfungsi untuk membersihkan kulit wajah dan bertindak sebagai pelembab.

Ia mengandungi AHA BHA PHA, Aloe Vera, Niacinamide, Witch Hazel, Honey Extract dan Tea Tree Extract tanpa kandungan Paraben, Minyak mineral, Pewarna tiruan dan juga Merkuri.

Toner terbaik untuk kulit kusam ini menjadikan kulit anda berseri-seri, lembab dan lebih cerah setiap hari. Kulit mati akan dibersihkan dan ia menjadi semakin lembut dengan kulit baru, tiada lagi kulit kusam.

2. Dermaklair Gentle Prep Toner 

toner untuk kulit kusam

Membantu mengawal minyak pada kulit wajah dan menjadikan pH kulit lebih seimbang, toner terbaik untuk kulit kusam ini adalah dari jenama Dermaklair.

Ia adalah toner yang diuji oleh klinik dan terbukti sangat elok digunakan untuk kulit kusam. Kulit akan lebih lembab dan turut membantu menutup liang pori sekaligus menjadikan kulit lebih licin dan sihat.

3. Youth Perfecting Skin Toner

toner untuk kulit kusam

Youth Perfecting Skin Toner mengandungi Anggur Muscadine dan Vital Repair Complex, Alga Hijau dan juga ekstra Yis. Kandungan terbaik ini menjadikan kulit menghalang kolagen daripada rosak, menghidratkan kulit serta menjadikan ia lebih subur.

Penting sekali, toner terbaik untuk kulit kusam ini dapat membersihkan sel kulit mati dan menyegarkan kulit tanpa kering dan terlalu tegang. Toner boleh dipakai pada kulit wajah dan juga bahagian leher.

4. Simple Soothing Facial Toner

Setelah menggunakan pencuci muka, toner Simple Soothing perlu disapu pada kulit wajah untuk kesan yang lebih baik. Ia sesuai digunakan oleh anda yang berkulit sensitif, kerana tidak mempunyai bahan kimia, pewarna atau pewangi.

Toner terbaik untuk kulit kusam ini juga sangat bagus untuk melembabkan kulit dan menaikkan seri wajah si pemakai.

5. Always Be Pure Forest Therapy Ultra Calming Toner

toner untuk kulit kusam

Boleh dikatakan Forest Ultra Calming Toner dari Always be Pure ini merupakan toner yang paling selamat digunakan. Ia sangat bebas dari paraben, sulfate, alkohol, allergen dan juga bakteria fungal.

Kesan toner terbaik untuk kulit kusam ini pula adalah dapat mencerahkan kulit wajah, melambatkan penuaan, melembabkan kulit dan juga menghapuskan jerawat-jerawat yang terbentuk.

6. Soothing Botanical Toner with Rose Water

Diperbuat daripada Rose water dan bahan semulajadi, toner terbaik untuk kulit kusam ini sesuai dipakai bagi kulit normal dan juga kulit sensitif. Ia tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti paraben, silikon dan lain-lain.

Jadikan pemakaian toner ini sebagai salah satu rutin harian dari segi penjagaan wajah anda. Ia dapat mengelakkan kulit kering, kusam dan kotoran pada kulit wajah.

7. The Body Shop Vitamin E Hydrating Toner

Anda pasti tahu apakah kelebihan vitamin E untuk kulit wajah! Jika tidak, mana mungkin banyak toner terbaik untuk kulit kusam menggunakan vitamin E sebagai salah satu kandungan utamanya.

Vitamin E The Body Shop Toner berfungsi sebagai pelembab kulit wajah dan dapat menukarkan sel kulit mati kepada sel kulit yang baru. Anda yang mempunyai kulit kering pastinya bakal berseri-seri setelah mengguakan produk yang kaya dengan kandungan minyak kacang soya ini.

8. Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner 

Bukan hanya melembutkan kulit wajah, tetapi kolagen yang terhasil juga dapat mencerahkan kulit anda. Dengan kandungan air buahan epal, Willow Bark serta AHA dan BHA semulajadi, pastinya wajah anda akan lebih segar dan menarik.

Sekiranya wajah berjerawat, anda juga boleh gunakannya. Tetapi ia tidak sesuai bagi kulit yang sensitif.

9. Mamonde Rose Water Toner Set 

Mamonde Rose Water Toner Set adalah salah satu toner terbaik untuk kulit kusam yang boleh anda cuba. Diperbuat daripada bahan semulajadi, ia mengandungi 100% organik Damask Rose dan 90.97% air ekstrak rose yang harum.

Kulit akan lebih segar dan lembab. Sel-sel kulit mati pula akan ditukarkan dengan kulit baru secara proses semulajadi tanpa menjejaskan wajah anda. Toner terbaik ini selamat dipakai setiap hari untuk setiap individu.

10. Rose Petal Moisturising Toner Deep Skin Replenishment

Rose Petal Toner dari Livepro ini sangat berkesan untuk kulit kering, kusam dan juga kulit yang mengalami ekzema. Ia dapat melembabkan kulit, mengatasi masalah sel kulit yang rosak dan mengawal pembentukan jerawat serta kulit berminyak.

Kesan setelah menggunakan toner terbaik untuk kulit kusam ini sangat menyegarkan kulit wajah. Muka akan terasa sejuk dan nyaman apabila memakainya pada malam dan pagi hari.

Itulah dia antara toner terbaik untuk kulit kusam yang boleh anda pilih. Pastinya bermanfaat buat anda. Jom baca juga Toner untuk kulit jerawat, serum terbaik dan Punca Jerawat Pasir.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.