Tengah cari cara kesan telefon hilang?

Telefon bimbit atau handphone adalah salah satu benda yang paling penting di dunia. Boleh dikatakan bahawa telefon bimbit adalah satu-satunya benda yang kita akan bawa ke mana sahaja kita pergi seperti juga dompet, kad pengenalan, dan lesen memandu. Telefon bimbir bukan sahaja penting untuk berhubung dengan orang tersayang malah pada zaman yang serba moden dan canggih ini, ia juga sangat penting kerana media sosial telah menjadi sebahagian daripada hidup kita.

Kehilangan telefon bimbit boleh menjadi satu mimpi ngeri kepada semua orang. Tak kira sama ada ianya hilang akibat tercicir atau dicuri oleh orang lain. Kehilangan telefon bimbit juga adalah sangat bahaya kerana terdapat banyak maklumat peribadi yang disimpan didalamnya seperti:

  • Kata laluan untuk login media sosial seperti facebook, twitter dan instagram.
  • Kata laluan emel.
  • Kata laluan bank.
  • Kata laluan aplikasi elektronik yang lain.
cara kesan telefon hilang

Sumber: Digitaltrends

Bukan itu sahaja, kehilangan telefon bimbit juga bermakna kita akan kehilangan semua nombor telefon dan emel kenalan yang kita simpan didalam telefon bimbit. Malah kita juga akan kehilangan semua mesej yang disimpan, dan pastinya sudah pasti ada mesej tersebut yang sangat penting atau mempunyai nilai sentimental.

Apa yang lebih menyedihkan ialah kehilangan telefon bimbit juga bermakna kita akan kehilangan semua gambar dan video yang penuh dengan memori serta kenangan. Kehilangan gambar dan video adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan.

Jika anda kehilangan telefon bimbit, pastinya anda ingin tahu bagaimanakah cara untuk mengesan semula telefon bimbit anda dan dalam masa yang sama bagi memastikan tiada data atau maklumat peribadi yang hilang. Jom baca cara kesan telefon hilang yang boleh anda lakukan agar telefon bimbit anda dapat dijumpai semula dengan segera.

"

Jangan hubungi telefon anda

Pesanan kami yang pertama ialah jika anda pasti bahawa telefon anda tercicir atau telah dicuri, jangan sesekali hubungi nombor anda. Kenapa? Jika telefon bimbit anda telah dicuri, sebaik sahaja anda menghubungi nombor anda, sipencuri akan menutup telefon anda kerana ketakutan  lalu menyebabkan anda tidak akan dapat mengesan telefon bimbit anda lagi.

Sekiranya telefon bimbit anda tercicir, jika anda menghubungi nombor tersebut, ianya akan berdering lalu menyebabkan orang lain yang berada berdekatan menyedari ada telefon bimbit tidak bertuan lalu mengambil telefon bimbit anda. Oleh itu ingat! Sebaik sahaja menyedari bahawa telefon bimbit anda sudah hilang, jangan sesekali menelefon nombor tersebut.

Jangan hantar pesanan teks berunsur urutan atau marah

Ada orang mengambil tindakan untuk menghantar  pesanan teks berunsur ugutan atau marah dengan harapan bahawa orang yang mengambil atau menjumpai telefon bimbit anda akan berasa takut lalu memulangkannya semula. Ini adalah satu tindakan yang salah sama sekali.

Teks berunsur ugutan dan kemarahan seperti ugutan untuk menghubungi polis, maki hamun dan sebagainya akan menyebabkan individu tersebut berasa marah lalu kemungkinan besar anda tidak akan mendapat telefon bimbit anda semula.

Anda boleh cuba menghantar mesej dengan nada yang sopan seperti meminta dipulangkan semua telefon bimbit kerana anda memerlukan gambar dan video didalamnya. Atau anda juga boleh menawarkan sedikit wang sebagai balasan jika dia sanggup memulangkan semula telefon bimbit anda.

cara kesan telefon hilang

Sumber: Reviewed

Find My Phone

Anda boleh menggunakan Google untuk mengesan telefon bimbit anda dengan menaip find my phone kemudian login ke akaun emel yang digunakan untuk telefon bimbit tersebut.

Android Device Manager

Jika anda merupakan pengguna telefon bimbit yang menggunakan sistem android, anda boleh mengesan telefon bimbit anda dengan menggunakan aplikasi Android Device Manager. Nak tahu bagaimana cara untuk menggunakan aplikasi ini? Caranya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke halaman Android Device Manager – Google
  2. Masukkan akaun google anda. Akaun google tersebut mestilah sama seperti akaun yang anda gunakan untuk telefon bimbit anda. Pastikan anda ingat apakah alamat emel yang anda gunakan serta kata laluan bagi emel tersebut. Ia adalah sangat penting. Jika tidak, mungkin anda tidak akan dapat mengesan telefon bimbit anda.
  3. Aplikasi Android Device Manager akan memberikan lokasi telefon bimbit anda sekiranya ia masih berada dalam keadaan on dan tidak ditutup serta bersambung dengan internet. Sekiranya telefon bimbit anda telah ditutup atau tidak bersambung dengan internet, aplikasi ini tidak akan dapat mengesan telefon bimbit anda.
  4. Selain mengesan kedudukan telefon bimbit, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk fungsi seperti mengunci telefon bimbit dan memadam data peribadi yang disimpan di dalamnya.

Find My Phone

Untuk pengguna Iphone, anda boleh menggunakan aplikasi fond my phone untuk mengesan telefon bimbit anda yang hilang. Caranya ialah:

  1. Pergi ke Icloud.com
  2. Login ke akaun icloud anda.
  3. Pilih dan klik ‘Find iPhone’ pada menu utama.
  4. Kemudian klik pada ‘All Devices’ pada bahagian atas browser anda.
  5. Pilih nama iPhone anda untuk memaparkan kedudukan semasa.
  6. Anda boleh ‘Zoom in’ untuk kedudukan yang lebih jelas.
  7. Selain mengesan telefon bimbit anda, ia juga boleh memadam data peribadi anda dan mengaktifkan Lost Moden dimana nombor telefon untuk dihubungi akan terpapar di skrin telefon bimbit anda yang hilang.

Itulah dia info tentang cara kesan telefon hilang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca penglihatan mata kabur dancara belajar bersangka baik dengan Allah

 

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.