Buah durian adalah raja segala buah-buahan. Bagi pencinta durian, mereka sanggup menghabiskan wang untuk membeli durian semasa musim durian. Buah durian selain dimakan begitu saja, ia boleh dijadikan pelbagai menu. Antaranya, tempoyak, cendol durian, ais krim durian, dan pelbagai lagi.

Namun, buah durian mempunyai bau yang kuat, jadi ia akan meninggalkan kesan bau yang kuat selepas makan durian. Bau durian tidak begitu ‘harum’ bagi bukan penggemar durian. Kita juga kurang rasa selesa untuk berkomunikasi dengan kawan kerana bau durian yang kuat. Bagaimana untuk menghilangkan bau durian yang kuat selepas makan?

susu dan santan boleh menghilangkan bau durian
Image via Facebook

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai susu dan santan dapat mengurangkan bau durian. Info ini dikongsikan oleh Dr Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga merupakan bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri.

Susu mampu menghilangkan bau bawang putih.

susu dan santan boleh menghilangkan bau durian
Image via Facebook

Sebelum ini, belum ada kajian khusus tentang kaedah untuk mengurangkan bau nafas selepas makan durian. Walaubagaimanapun, terdapat kajian yang dilakukan ke atas bawang putih. Bawang putih kaya bahan berbau yang dikenali sebagai sulfur, sama seperti durian

Bahan sulfur ini banyak manfaat kesihatan khususnya antikanser. Tetapi, jika terlebih makan bawang putih atau durian, perut akan jadi kurang selesa

Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, USA, minum susu sebelum dan selepas makan bawang putih akan kurangkan bau nafas. Ini kerana bahan sulfur (bahan bau) akan diikat dengan protein dan lemak susu. Minum susu sebelum makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding minum susu selepas makan bawang putih.

Santan boleh menghilangkan bau durian.

susu dan santan boleh menghilangkan bau durian
Image via Facebook

Justeru, kaedah yang sama mungkin boleh dilakukan sebelum makan durian iaitu minum susu sebelum makan durian atau makan durian bersama santan untuk elakkan nafas berbau selepas makan durian

Ini kerana bahan sulfur durian akan diikat oleh lemak dan protein susu atau santan dan bantu kurangkan nafas berbau durian.

*Info yang dikongsikan oleh Dr. Suri amat berguna bagi penggemar durian. Cara ini mampu menghilangkan bau durian atau bawang putih. Selepas ini, tiada lagi rasa tidak menyenangkan untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.