Set berpantang biasanya didatangkan dengan pelbagai barang seperti alatan berpantang, mandian herba, pil tablet, serbuk herba, minyak herba dan juga uncang teh yang dicampur herba semula jadi sebagai minuman.

Bagi kegunaan wanita selepas bersalin selama lebih daripada 40 hari tempoh berpantang, lebih mudah menggunakan set berpantang. Kegunaan set berpantang ini adalah untuk diminum, dijadikan makanan tambahan, disapu pada kulit, perut, pinggang dan banyak lagi fungsi setiap barang.

Sekiranya anda mencari set berpantang untuk kegunaan selepas bersalin, jom lihat antara set berpantang yang berbaloi dan popular di Malaysia.

1. Set Berpantang Dan Bersalin Orang Kampung

set berpantang

Set Berpantang dan Bersalin Orang Kampung boleh dikatakan antara produk yang sangat berbaloi dimiliki oleh wanita yang lepas bersalin. Berdasarkan testimoni oleh para penggunanya, set berpantang ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan khasiat herba yang sebenar dengan cara semulajadi yang lebih senang dan selesa.

Antara barangan yang terdapat di dalam set ini adalah seperti seri scrub, seri pilis, seri susut, kapsul kacip fatimah, minyak telon, minyak aprikot, minyak merah, ubat periuk, bengkung dan jeli gamat. Set berpantang ini dapat mengelakkan para wanita berpantang memakan jamu tiruan dan dicampur dengan bahan yang lain.

2. Set Berpantang Dan Bersalin Anugerah

set berpantang

Sedikit berbeza dari set bersalin jenama lain, set berpantang dan bersalin Anugerah ini lebih kepada penjagaan dari segi luaran. Antara alasan set bersalin Anugerah ini menjadi sangat popular adalah disebabkan oleh adanya losyen sejuta khasiat dan minyak sejuta rahsia.

Set berpantang dan bersalin Anugerah ini juga lengkap dengan semua barangan yang boleh digunakan untuk keperluan ibu berpantang dan juga bayi.

3. Salindah

set berpantang

Salindah merupakan set berpantang dengan ciri dan tema khas untuk wanita muslimah. Set berpantang ini dikatakan dapat membantu menyediakan saluran peranakan bagi melancarkan kelahiran. Ia sangat bagus untuk memulihkan kesihatan wanita dengan lebih pantas dan berkesan.

4. Set Bersalin Amway Tropical Herbs

set berpantang

Set bersalin Amway Tropical Herbs merupakan antara salah satu jenama produk berpantang lengkap untuk tempoh berpantang selama 44 hari. Ia lengkap dengan set penjagaan secara menyeluruh untuk kesihatan luaran dan juga dalaman.

Set berpantang ini juga mengandungi 11 produk di dalamnya. Setiap produk tersebut digunakan sebagai makanan tambahan, sapuan luaran dan juga mandian bagi memulihkan kesihatan wanita selepas bersalin.

5. Spa & Ma Maternity Set

set berpantang

Set bersalin Spa & Ma Maternity ini turut menjadi pilihan artis Sari Yanti selepas melahirkan anaknya. Terdapat 11 produk yang akan diperolehi dengan pembelian setiap set ini.

Antara 11 produk tersebut adalah seperti herba mandian spa, jamu ratu dara, feminine cleanser, pilis herba, minyak kelapa dara, tungku herba, lulur frangipani, bengkung ratu, shape-up lotion, minyak seri herba dan juga gamat emulsion.

6. Set Bersalin Tanamera

set berpantang

Set bersalin Tanamera dihasilkan dengan tujuan utama untuk digunakan oleh ibu hamil sejak mengandung lagi supaya mudah bersalin tanpa mengoyakkan faraj mereka.

Setelah selamat bersalin, produk ini boleh diteruskan penggunaannya semasa tempoh berpantang untuk memulihkan kesihatan sepenuhnya dengan segera.

Terdapat sebanyak 10 jenis produk di dalam set ini adalah seperti Minyak Kelapa Dara, Sabun Mandian Herba, Minyak Urut Herba, Herba Pembersih Wanita, Mandian Herba, Tapel, Pilis, Bengkung, Teh Herba dan  Lulur Badan Herba.

7. Ubat Bersalin Afiat

set berpantang

Ubat Bersalin Afiat ini digunakan secara tradisional untuk wanita selepas bersalin yang serba lengkap untuk 44 hari. Set berpantang ini telah menjadi pilihan wanita bersalin sejak turun temurun.

Kandungannya terdiri daripada bedak hangat Afiat, pil jamu Afiat, makjun bawang putih, minyak Afiat, akar kayu periuk Afiat, barut Afiat, tali pembentan Afiat, pati Afiat balm, feminine care dan juga gel mandian serai Wangi.

8. Set Berpantang Jamu Jelita

set berpantang

Set Berpantang Jamu Jelita ini lebih kepada kesihatan dalaman seperti pengambilan jamu secara tradisional. Set ini lengkap dengan pelbagai barangan untuk membantu memulihkan kesihatan selepas bersalin.

Dalam Set Berpantang Jamu Jelita ini terdapat air selusuh, balm hangat herba, jus tradisi wanita, rendaman herba dan lain-lain barangan lagi.

9. Set Berpantang Shaklee

set berpantang

Set berpantang Shaklee boleh dikatakan antara set berpantang yang berbaloi dan popular di pasaran. Walaupun harganya amat berpatutan, kehebatannya terbukti bagus dan berkesan oleh para penggunanya.

10. Set Berpantang Nona Roguy

set berpantang

Nona Roguy merupakan set berpantang dan bersalin yang paling popular di kalangan wanita Malaysia. Walaupun harganya sedikit mahal tetapi mempunyai banyak kelebihan. Set Nana Roguy didatangkan dengan tablet phytonatal dan beberapa barangan yang lain lagi.

Antara kelebihan set berpantang Nona Roguy adalah ia dapat mengatasi masalah sembelit dan juga dapat melansingkan tubuh dengan berkesan.

Tahukah anda, set berpantang Nona Roguy ini sudah mencecah satu dekad dan ramuannya diamalkan dari generasi ke generasi sejak kurun ke 12 lagi.

Itulah antara set berpantang terbaik yang boleh anda pilih. Pastinya ia adalah pilihan terbaik untuk ibu berpantang. Jom baca juga shampoo terbaik, shampoo terbaik untuk rambut gugurlip balm terbaik dan toner terbaik untuk kulit kering.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.