Mencari petua halau belalang? Belalang adalah di antara makhluk perosak yang selalu mengganggu tanaman. Bayangkan sahaja, seekor belalang boleh menyebabkan sepasu pokok botak tanpa daun dalam masa beberapa hari sahaja.

Sesungguhnya belalang adalah pemusnah tanaman seperti sayur-sayuran dan pokok bunga yang dahsyat. Jika tanaman anda diserang oleh belalang, jom amalkan petua halau belalang yang akan kami kongsikan di sini.

Sumber: Thoughtco

1. Racun organik dari pencuci pinggan mangkuk

Racun organik adalah racun buatan sendiri di rumah. Ia adalah jauh lebih selamat berbanding racun yang dibeli di kedai memandangkan kita tahu apakah bahan yang dimasukkan ke dalamnya dan yakin tiada bahan kimia merbahaya dalam racun yang disembur kepada tanaman kita. Untuk menyediakan racun organik dari pencuci pinggan mangkuk, bahan yang anda perlukan ialah:

  • 1 liter air
  • 1 sudu besar sabun pencuci pinggan
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 6 ulas bawang putih yang ditumbuk atau dikisar halus

Cara untuk menyediakannya ialah campurkan semua bahan tadi dan kacau sehingga sebati kemudian ditapis. Untuk menggunakan racun organik ini, anda cairkan dahulu dengan memasukkan air kosong pada nisbah 1 racun: 4 air kosong. Kemudian masukkan kedalam botol spray dan semburkan pada pokok yang diserang oleh belalang. Sembur sekali sehari pada waktu petang memandangkan biasanya belalang aktif pada waktu petang.

2. Semburan serai wangi

Serai wangi mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan sebagai satu kaedah untuk menghalau belalang yang memusnahkan tanaman anda. Untuk menyediakan semburan serai wangi, apa yang anda perlukan ialah:

  • 3 batang serai wangi. Jika tiada setai wangi, boleh juga gunakan serai biasa.
  • 1 liter air

Untuk menyediakannya, cuci bersih serai wangi dan potong halus. Masukkan setai bersama air ke dalam satu periuk dan masak sehingga mendidih. Biarkan sehingga sejuk. Masukkan ke dalam botol spray, dan sembur kesemua pokok anda termasuk pokok yang belum diserang oleh belalang. Bau serai wangi akan menghalau belalang dari mengganggu tanaman anda. Jika anda tidak mempunyai masa untuk menyediakan semburan serai wangi, anda juga boleh beli semburan serai wangi yang dijual di kedai.

3. Asam keping atau asam gelugur

Petua halau belalang yang seterusnya ialah dengan menggunakan asam keping atau asam gelugur. apa yang anda perlua lakukan ialah sediakan 10 keping asam keping dan masak hingga mendidih bersama 1 liter air. Sejukkan air didihan tadi. Kemudian masukkan ke dalam bekas spray. Sembur tanaman yang diserang oleh belalang. Anda boleh menyembur tanaman anda dengan kerap kerana ia tidak akan menyebabkan tumbuhan anda mengalami lecur daun.

4. Yis, gula perang dan cuka

Bahan di dapur ini juga boleh digunakan untuk menghalau belalang yang merosakkan tanaman anda. Untuk menyediakan semburan tanaman tesebut, apa yang anda perlukan ialah:

  • 5 gram yis
  • 1 sudu besar gula perang. Boleh juga gunakan gula putih biasa jika anda tidak mempunyai gula perang
  • 1 sudu besar cuka

Cara untuk menyediakannya mudah sahaja. Anda campurkan kesemua bahan di atas dan kacau sehingga sebati. Biarkan seketika dalam satu jam. Kemudian masukkan ke dalam bekas spray. Sembur tanaman yang diserang oleh belalang.

5. Bawang putih dan cili padi

Sumber: Keluarga

Petua halau belalang yang seterusnya ialah dengan menyediakan racun organik menggunakan bawang putih dan cili padi. Apa yang anda perlukan ialah:

  • Satu labu bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 500 ml air

Campurkan kesemua bahan dan peram selama 3 hari. Kemudian tapis. Masukkan ke dalam bekas spray. Sembur tanaman yang diserang oleh belalang.

6. Bunga cengkih

Anda juga boleh menggunakan bunga cengkih untuk menghalau belalang. Caranya ialah sediakan 15 biji bunga cengkih, masukkan ke dalam periuk bersama 100 ml air. Masak sehingga mendidih dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan ke dalam bekas spray. Sembur tanaman yang diserang oleh belalang.

7. Air beras yang diperam

Air beras yang diperam akan berbau masam seperti nasi basi. Bau masam ini tidak disukai oleh belalang dan serangga perosak lain. And aboleh siram tanaman dengan air beras peram sebagai usaha untuk menghalau makhluk perosak tersebut.

8. Peraman kulit bawang

Petua halau belalang yang seterusnya ialah dengan menggunakan air peraman kulit bawang. Setiap kali memasak, jangan dibuang kulit bawang yang ada, sebaliknya peram dalam ari selama 2-3 hari. Kemudian siram pada pangkal pokok. Bau air peraman tadi tidak disukai oleh belalang.

9. Perangkap belalang

Anda juga boleh menyediakan perangkap belalang. Perangkap belalang paling mudah ialah dengan menggunakan botol air mineral kecil. Anda boleh goggle sahaja cara menyediakan perangkap belalang. Terdapat pelbagai cara yang dikongsi, anda pilih sahaja mana yang paling mudah untuk anda.

10. Racun serangga

Sumber: Hawahassan

Cara halau belalang yang terakhir ialah dengan menggunakan racun serangga yang banyak dijual di pasaran. Terdapat banyak racun serangga organik yang ada. Pilih sahaja yang mana mempunyai review baik dari pengguna.

Kesemua bahan di atas, anda campurkan. Bila dah sebati, tapis dan ambil airnya sahaja . Selepas itu masukkan ke dalam bekas penyembur. Semburkan pada daun pokok tanaman anda .

Jika anda selalu rebus cili kering untuk membuat pes cili, boleh gunakan saja air rebusan cili kering itu untuk disemburkan ke pokok tanaman anda.

Mudah sahaja bukan. Racun organik ini juga boleh anda gunakan untuk menghalau ulat, kutu dan segala jenis serangga yang memakan daun tanaman anda.

Itulah dia info  tentang petua halau belalang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang petua halau lalat, petua halau lipas petua buat cili kisar sendiri yang tahan lama dan petua bayi cepat bercakap

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.